“Artis Malaysia Sepatutnya Boleh Jadi Jutawan Tapi…”
Sudah lebih dua dekad berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon dan penyanyi Ziana Zain mengakui golongan selebriti sebenarnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai yang mampu bergelar jutawan.
Namun, pelbagai isu yang mengakibatkan ramai diantara artis di Malaysia terjejas pendapatan gara-gara masalah cetak rompak dan kebajikan tidak dijaga. Dalam pada itu, Ziana mengatakan pembahagian keuntungan disifatkan tidak seimbang.
BACA: Air Mata Jantan Azwan Ali Gugur Disoal Tentang Ziana Zain
“Kalau nak diikutkan, kami artis di Malaysia, kaya sebenarnya, malah boleh jadi jutawan, jika dinilai kepada hasil karya.
“Tetapi disebabkan cetak rompak, kami tak dapat apa yang sepatutnya. Tetapi, badan-badan yang mengutip duit, mereka lebih kaya sekarang. Kami yang penat menyanyi, berpuluh album tapi akhirnya mereka yang kaya. Padahal, mereka tak ada hasilkan apa-apa pun,” katanya.
“Pembahagian keuntungan langsung tidak seimbang. Tiba-tiba mereka dapat pula beli bangunan RM14 juta, contohnya. Yang urus bahagian royalti kami, gajinya RM15,000 sebulan. Tetapi kami para artis, dapatlah RM500 atau RM600. Adilkah?” katanya.
Mengakui sudah penat bercakap tentang isu cetak rompak, Ziana berkata sehingga kini tiada pihak yang tampil membantu memberi jalan penyelesaian. Ujarnya, mungkin perlu ada penguatkuasa yang menjaga isu hak cipta dan mengambil tindakan jika ada yang melanggar undang-undang.
“Sepatutnya ada satu pihak penguatkuasa yang menjaga isu hak cipta dan boleh terus bertindak apabila berlakunya pelanggaran undang-undang.
“Contohnya di internet, kenakan sekatan. Apabila anda nak download lagu, kena bayar dulu. Tak kisah sumber dari mana tapi kalau nak dengar dan download, ada satu jumlah perlu dibayar.
“Saya kesal kerana tidak ada siapa yang mahu bertindak. Pada mereka, hasil karya dan lagu itu macam tak ada nilai, sedangkan itulah duit kami. Benar, penyanyi dan artis itu hak masyarakat, tetapi tidak bermakna orang bebas buat apa sahaja,” katanya.
- SUMBER
- Astro Awani
Tu laa sapa suruh ko jd retis, awal2 lg P.ramlee dah bgtau dlm filem ibu mertua ku yg idup sbg retis ni manis dan seronok ya masa tngh top jek! Lps tu ko nk salahkan krjn? Pihak berkuasa? Persatuan seni dan korg sendiri pun bila bnyk duit lupa diri. X penah pulak nak puji pihak berkuasa ke krjn ke. Tp bila korg dah susah baru korg nak salahkan semua pihak! Ini mmg sifat pentingkan diri!
Dalam dunia ni ada benda yg kita mampu kawal dan ada benda yg diluar kawal an kita. Ckp tentang memilih kerjaya sebelum kita buat keputusan utk ceburi sesuatu bidang kita sepatutnya dah selidik kebaikkan dan kekurangan suatu bidang tu. Xde pihak yg paksa awak utk jd penyanyi pun. Apabila awak dah lama dlm bidang seni dan dah nmpk segala masalah atau kelemahan atau kekurangan dlm bidang yg awak bekerja tu sepatutnya awak carilah org2 yg boleh selesaikan apa juga masalah atau ketidakadilan yg berlaku dlm sistem kerja kamu tu! Buat persatuan, tubuh ngo, cari pakar utk bantu, cari rakan2 yg senasib etc. Masalah org melayu kita ni kuat merengek, merungut, mengeluh lps tu salahkan org lain. Hello!!!! Yg bermasalah adalah awak jd cari laa jln atau cara nk selesaikan masalah awak! Awak salahkan org, awak merengek, mengeluh boleh selesai ke masalah tu?! Awak ingat awak sngt besar ada org akan selesaikan masalah bila awak mengadu kt media.
Cuba tgok negara luar. Hotel semua bjalan mcm biasa. Sektor2 lain pon jalan. Xde la rakyat susah mcm ni. Smpai kena pinjam Along yg polis sndri pon xbuat apa smpai diorg naik lemak kt Malaysia ni. Lepastu harapkan PPIM bantu. Smpai bila.
Apa yg kak jenna ckp tu betul. Koranf yg kat atas2 ni x pernah dikencing pihak lain kot. To be fair perlu ada penfuatkuasaan tang piracy. Penat2 buat sesuatu org curi idea dan jd kaya kerananya. Semoga ad penyesaian yg serba profesional dan adil bg pihak yg berkarya. Saya hargai org seni sbb ada harinya saya nak happy# sambil buat kerja, saya dengar lagu kak ziana dan artis2 yg saya minat. Terima kasih kerana mmberi hiburan dan kerana karya2 yg terhasil dpt mbggembirakan hati yg sedih etc
DULU JADI JUTA OMEGA PUN TAK JUTAWAN JUGAKK KAAAHHH?
DULU PAKAI BRANDED2 CHRISTIAN DIOR, KRETA ALPHARD.. ETC..
TANYA AJER.. TAKMO TEKAN MINYAK HOKEY..
Setakat royalties lagu takkan jadi jutawan di Malaysia.Nak harap pasaran yg terhad di negara sendiri. Berapa je yg dpt?? Tenguk CT, dia ada mcm2 biz.
kite tgk la artis lama2 mereka x kejar duit atau jadi kaya atau jadi jutawan… mereka mahu bakat yg dpndang.. artis sekarng tunjuk kemewahan….