fbpx

“Artis Bertudung Tak Sesuai Pakai Kain Warna Kulit”

Pelakon senior, Jaafar Onn menegur golongan pereka fesyen agar tidak menggunakan kain jenis warna kulit untuk artis berhijab untuk mengelakkan salah faham masyarakat.

Jaafar Onn tampil memberikan teguran itu berikutan kontroversi Nabila Razali yang dikecam susulan pakaiannya dikatakan menampakkan bahagian dada sedangkan menggunakan kain warna kulit.

BACA: Semakin Popular, Ramai Wanita Ajak Jaafar Onn Kahwin

“Mereka sengaja cari dosa. Kebanyakan pereka fesyen ini adalah golongan lembut. Mereka fikir cantik pada pandangan sendiri sahaja dan nak menampakkan artis itu seksi walaupun si artis memakai tudung.

“Artis pula tak fikir mengenai perkara ini dan terus setuju. Main pakai sahaja tanpa bantahan yang sepatutnya.

“Walaupun bahagian terdedah itu sebenarnya kain warna kulit, tapi ia tak manis dilihat. Sebab teguran itu juga, sampai sekarang dia tak tegur saya dah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Jaafar berkata apabila melibatkan perkara yang salah dan berdosa, dia perlu memberikan teguran walaupun sering dilabel sebagai lelaki lembut.

“Bab salah dan dosa, saya kena tegur dan mereka tak boleh nak pertikaikan. Saya bukan nak cari publisiti tapi ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.

“Ingatlah kita dah akhir zaman. Saya tegur kerana umur saya dah begini. Jangan perkotak-katikkan hal pemakaian. Kalau orang lain tak boleh tegur, siapa lagi?

“Sebagai artis, saya nampak perkara ini dan perlu tegur. Nabila Razali baru habis satu isu, takkan nak timbulkan satu isu lagi?,” katanya.