fbpx

“I’ll be back” mungkin ayat paling diingati oleh para peminat siri filem popular Terminator dan kali terakhir muncul di pawagam pada tahun 2009, Arnold Schwarzenegger menunaikan janji untuk kembali menghiburkan semua dengan aksi yang lebih padat menerusi Terminator Genisys.

Terminator Genisys yang akan membuka tayangan di Malaysia 2 Julai 2015 ini mengisahkan John Connor (lakonan Jason Clarke) yang merupakan ketua kepada pihak perintang manusia (human resistance) mengahntar Sgt. Kyle Reese (Jai Courtney) kembali ke tahun 1984 untuk melindungi Sarah Connor (Emilia Clarke) dan seterusnya menyelamatkan masa hadapan.

Left to right: Emilia Clarke plays Sarah Connor and Arnold Schwarzenegger plays the Terminator in Terminator Genisys from Paramount Pictures and Skydance Productions.

Tetapi, satu peristiwa telah berlaku menyebabkan kecelaruan salur masa. Kini, Sgt. Kyle Reese berada di masa lampau yang baru dan tidak dikenali menyebabkan beliau terpaksa berhadapan dengan musuh baru termasuklah Guardian (Arnold Schwarzenegger) — ini menjadi satu misi baru untuk beliau untuk mengubah masa hadapan dunia.

Mampukah mereka mengubah masa hadapan demi kelangsungan hidup spesies manusia? Haruslah kita semua ke pawagam untuk mengaksikan Terminator Genisys yang pastinya akan dipenuhi dengan aksi hebat Arnold Schwarzenegger di samping pelakon lain.

Left to right: Jason Clarke plays John Connor and Jai Courtney plays Kyle Reese in TERMINATOR GENISYS from Paramount Pictures and Skydance Productions.

Bercakap kepada media baru baru ini, Arnold Schwarzenegger mengakui beliau berusaha keras untuk mengekalkan tubuh badannya seperti dalam filem pertama yang terbit pada tahun 1984 lalu walaupun sedar wajahnya kini sudah berubah banyak demi peminat.

Khabarnya juga, filem Terminator Genisys ini bakal menjadi filem pertama dalam siri trilogi Terminator yang baru dan pastinya kita semua akan dapat melihat lebih banyak kelibat dan aksi Arnold Schwarzenegger selepas ini.

Series T-800 Robot in Terminator Genisys from Paramount Pictures and Skydance Productions

Dan jika anda peminat tegar Terminator, kini anda boleh memuatnaik gambar anda disamping Arnold Schwarzenegger menerusi aplikasi web khas yang dibangunkan oleh United International Pictures (UIP) Malaysia untuk anda semua di terminatorgenisys.uip.com.my.

Screen Shot 2015-06-26 at 11.29.53 AM

Tengok beberapa keping poster yang telah kami masukkan muka kami sendiri, not bad ‘kan?

TERMINATE-YOUR-SELFIE (1)

Boleh bagi cemburu kawan kawan bila wajah anda jadi wajah Terminator baru, heh. Jangan lupa temujanji anda semua untuk menonton filem Terminator Genisys di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 2 Julai 2015 ini. Jom!

p/s: Mereka di KyoPropaganda telah tampil dengan satu parodi khas untuk trailer filem Terminator Genisys. Terminator jual mercun sempena raya, serius kelakar weh!

https://www.youtube.com/watch?v=w2v8Mge9PaI