Arni Nazira Anggap Kelahiran Cahaya Mata Baru Umpama Hadiah Ulangtahun Perkahwinan
Tahniah diucapkan kepada Arni Nazira, pelakon yang popular sekitar tahun 90-an kerana selamat melahirkan anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama suami, Mohd Hazrie pada 10 April lalu.
Menurut Arni, dia menyifatkan kelahiran anak lelakinya itu sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan dia dan suami. Sebelum ini, Arni mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu dengan penyanyi rock, Awie.
Menerusi gambar yang dikongsikan bersama di akaun Instagram miliknya, rata-rata peminat gembira dengan perkara tersebut malah dalam masa yang sama turut mendoakan yang terbaik kepada keluarga bahagia ini yang sentiasa murah dengan senyuman.
Apa-apa pun, semoga dengan kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih kemeriahan dan moga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah lagi. Semakin berusia, semakin cantik Arni Nazira nampaknya. (rtky/s)
Tahniah arni
dah jodoh dia.. dulu kahwin dgn kaki rock, kaki betina.. kini kahwin dgn seorang ustadz sama2 belajar di sekolah dulu. Kecik2 dah pandai mengintai rupanya. Harap anak2 dengan bekas suaminya tu masih rapat dengan ibu kandungnya dan kenal baik adek2 mereka ni walaupun lain bapa.
Dia still ok dgn anak2 dia dgn awie. Ade je anak2 dia comment dkt instagram dia. Cuma mmg anak2 tu duk ngan awie.
Jangan komen tak tentu nanti awie marah, takuttttttt…….
Suami Arni sekarang adalah yg terbaik bai dia diberikan oleh Allahswt…….kita tidak tau percaturan hidup yang telah telah diatur olehNya.
Mungkin bekas suami dulu mendapat hak penjagaan ke atas dua anak mereka itu….waalahuallam.
Suami Arni sekarang adalah yg terbaik untuk dia diberikan oleh Allahswt…….kita tidak tau percaturan hidup yang telah diatur olehNya.
Mungkin bekas suami dulu mendapat hak penjagaan ke atas dua anak mereka itu….waalahuallam.