Ramai sudah tahu akan kedatangan Ariel bersama kumpulan beliau, NOAH ke bumi Malaysia pada 16 September ini untuk menjayakan konsert Tentang Bahtera di KL Live.

Konsert tersebut turut akan di’jayakan oleh Sixth Sense, The Malayan dan trio Gamaliel Audrey Chantika. Ini ada satu fakta menarik tentang kehadiran NOAH kali ini.


Pada hari yang sama, NOAH akan juga membuat persembahan di empat buah negara lain dalam tempoh 24 jam tersebut & ini adalah percubaan gila kedua mereka.

Persembahan mereka akan bermula di Melbourne, Australia sebelum bergerak ke Hong Kong, Singapura, Kuala Lumpur & berakhir di Jakarta, Indonesia dalam masa sehari.

NOAH akan menggunakan pesawat peribadi untuk bergerak ke semua negara yang bakal di’singgahi & menurut Ariel, mereka tidak akan membawa peralatan besar selain yang asas seperti gitar, amplifier & peralatan kesan bunyi lain. Berminat? Dapatkan tiket konsert Tentang Bahtera melalui Ticket Pro.