fbpx

“Are You Ok?” Rupanya Lagu Viral TikTok Ini Dari Cambodia!

Kalau anda salah seorang kaki TikTok semestinya anda dah tahu lagu yang hampir digunakan di setiap video TikTokers ini. Dah viral satu dunia pun gais. Betul melekat dalam kepala!

Asal scroll For You Page (FYP) TikTok jer naik lah lagu rancak ni. Geram jer mulut ni terikut-ikut nak nyanyi sekali. Potongan lirik “Are You Ok? Ok, Ok” tu dah sentiasa meniti kat bibir tu dah. Anda pun mesti macam ni juga kan? Haha

Memang lagu ini betul-betul catchy dan menarik perhatian. Automatik terhafal lirik lagu ni tau. Weh bukan setakat kita yang dewasa ni suka, budak-budak pun suka. Menari-nari dorang sebab best!

Dari Cambodia!

Haa, kalau anda nak tahu, penyanyi sebenarnya adalah dari Cambodia. Ton Chanseima namanya. Cantik manis orangnya chuols. Suara sedap, muka cantik. Fuh pakej lengkap!

Dia juga penyanyi top di Cambodia tau. Untuk anda yang tak tahu, melodi dan lirik lagu ini dihasilkan oleh hartawan hartanah Kemboja Leng Navatra, yang memiliki produksi lagu GALAXY NAVTRA. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Heng Long dan digubah semula oleh TEMPO TRIS, arahan Rawyer – Juedy – Run Sokheng.

Music video lagu ini pun dah keluar tau. Dah tengok belum? Haa, tengok kat bawah ni.

Jom nyanyi sama-sama! “Are You Ok? Ok, Ok.”