fbpx

Ara Johari Jadi Mangsa Cabul, Lelaki Tarik Tangan & Cium

Penyanyi Ara Johari berdepan detik cemas apabila dicabul lelaki tidak dikenali selepas selesai mengadakan persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ara berkongsikan dia tiba-tiba didekati seorang lelaki yang ingin bergambar dengannya. Ujarnya, pada awalnya dia melayan lelaki tersebut.

BACA: Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah, Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’

Bagaimanapun, Ara berkata dia kurang selesa apabila lelaki tersebut mahu bersalam dengannya. Menurut Ara, lelaki tersebut menggenggam tanggannya dengan kuat ketika bersalam dan ketika itu dia sudah rasa takut.

Kata Ara lagi, selepas bersalaman dia sangkakan lelaki tersebut sudah pun beredar namun masih ada di kawasan sekitar.

Lebih mengejutkan, dia didatangi lelaki itu lagi yang bertindak menarik tangan penyanyi itu serta mencium sebanyak dua kali.

Ara berkata dia terus menjerit susulan tindakan biadab lelaki berkenaan dan lelaki tersebut berjaya ditahan oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan yang kemudian dibawa oleh pihak polis ke balai.

Menurut Ara lagi, dia turut membuat laporan polis memandangkan tindakan suspek adalah satu bentuk jenayah gangguan seksual.