AR Badul Kecewa Hak Dinafikan, Tak Dapat Harta Peninggalan Arwah Anak
Sudah lebih setahun anaknya meninggal dunia dalam kejadian pilu akibat tertembak, pelakon dan pelawak veteran AR Badul mengakui bahawa hubunga dengan anaknya Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat.
Namun, dia kecewa apabila hubungan renggang antara dia dan arwah dijadikan sebagai alasan haknya sebagai bapa dinafikan sehingga dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya.
BACA: “Arwah Teringin Jadi Pengawal Peribadi Agong”
“Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia..
“Pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak,” katanya.
Mengakui hubungannya dengan arwah tidak begitu rapat sejak berpisah dengan bekas isteri sehinggakan dia sudah lagi tidak dianggap sebagai ayah oleh anak-anak sendiri.
“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia. Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka, ini benar-benar terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, Badul berkata dia pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.
“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas saya memikirkan hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.
“Tapi yang saya nak sekarang ialah sebagai bapa, dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.
Tidak berniat untuk membolot harta peninggalan arwah, Badul berkata hanya sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian dan haknya sebagai seorang bapa.
“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan hak ayah. Macam disekat, konon saya tak ambil tahu pasal anak sejak kecil.
“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia, kata dialah,” katanya.
Allahyarham Mejar Mohd. Zahir merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.
- SUMBER
- mStar Online
Melayu tak abis2 gaduh nak rebut harta dan duit org mati … sama dgn budak hitam dok gombak tu…gila harta abg nya yg dah mampos
bukak aib sendiri demi harta dunia
Pakcik ni bukan aib sendiri. Tak malu. Nak harta. Masa ada anak xjaga,dah mati sibuk nak tuntut hak. Tak malu
bukan dia peliara juga anak itu.
emaknya pun diam2.
sebab tahu ada lagi cucu2 lain yg lwbih perlu
Hahaaaa… geram pun ada ngn ada bapak pangai camni..
x fhm ayat dia..ckp xnk duit tp nk hak dia..dh tu hak ape? haktuihhh?
Nnt kt akhirat ko tuntut la hak ko, itu pun kalo ada! Takut nnt ko yg kena tuntut hak dari anak2 dan isteri2. Masa tu lg xde sapa boleh tolong. Xde wartawan nk report kt dlm ruang gossip. Ko salah kena heret humban dlm api neraka je laa jawapnya.
allah
Dalam hukum syariah.Bapa kandung berhak dapat 1/6 dari harta pusaka simati.
Waris2 yg lain tidak boleh menidakkan hak tersebut kerana ia pasti dipersoalkan dikemudian dihadapan Pencipta. Berkaitan urusan tanggungjawab sbg bapa. Hanya Allah swt yg berhak mengadili.
Setiap manusia diberi tanggungjawab.. Sebab itu adanya DOSA dan PAHALA… SYURGA dan NERAKA.
InshaAllah… Allah maha mengetahui.
Bersepah jantan mcm ni..time cerai ko buang anak2 x bg nafkah wang kasih syg..sbb time tu ko nk bebas, dpt bini baru n fam baru..time tu ko masih muda, sihat,popular tp skrg time anak ko dah xdak baru berani nk HAK..Napa x tuntut HAK ko time anak masih hidup? Klau bapa/ datuk yg baik, ko xkan nk berebut dgn cucu2 ko? Kot mana pun klau kita mati, pencen akan dpt kat mak kita, anak2 n isteri kita yg utama..klau betul ko ada HAK, xkan ATM x bg sbb bnda ni ikut undang2. Ko stop inkues sbb ko xnk la ko pun hilang HAK bkn sbb ko pikir cucu ko pun.Patutnya ko cover balik keculasan ko buat twjb kat anak2 fulu dgn ambik bela cucu2 tu sbg mana bapa diorg jaga jika dia masih hidup..tu la HAK n Tjwb yg sebenar.
Bapa kandung boleh membuat penolakan secara rela jika tidak mahu pada bahagian1/6 tersebut semasa perbicaraan pembahagian pusaka.. Islam itu mudah..
Malas nk komen…
Yawnnnn
Untuk yg ada bini, byk psg bini byk sebar sperm dan byk anak cucu sila ambik ikhtibar dari kes2 sebegini. Jgn amik mudah bab nikah kahwin, poligami atau bila bercerai. Jgn lupa hak anak2 yg terbiar takde kasih sayang dan trpksa pndai sendiri membesar tnpa kehadiran ibu bapa. Allah maha adil. Aku xmau jd hakim dlm kes ni sbb x tau kisah terperinci tapi ingatlah setiap yg kita lakukan baik atau buruk ada balasannya. Tu je nak ckp.
Kalau ada nnt diorang bgla..mana boleh amek sesuka hati..pegi tgk cucu dgn menantu tu tanya baik2..tua2 pon bodo..
Bagi jelah, tiada bapa..tiadalah anak tu. Harta dunia tak kemana pun. Tapi jangan makan harta afraid..nanti yg halal terus jadi haram. Walau bukan harta..tapi apa pun barang atau duit .. wajib di faraidkan.
Orang melayu ni banyak buta agama…buta tanggung jawab.
Ya ampun atok apalah…your son is gone, cucu pulak kecik2…tergamak tak ulur nak tanya…memalukan…hilang respect
Nie yg buat aku naaakkkk mmbbel!!! Time nko muda kemain brjimba bgai tk heeennngattt anak binikkk, cicir sana sini! Asik brpoyaa tk suda tk Madan ngan gigi mancung! …nko dh mereput baru sebok nk nanyer kabor!!!
setuju dengan comment dari HAMBA ALLAH & TUAH HIDUP, sakit hati macam mana pon waris dengan si bapa, kena dahulukan hak ikut hukum Allah swt. walauuuupon ada sebab kenapa faraid banyak diberikan kepada waris lelaki iaitu supaya waris lelaki menjaga kebajikan waris2 perempuan yang mana benda ni gagal dilakukan kebanyakan waris2 lelaki. TETAPI tu dosa antara waris2 lelaki tersebut dengan waris2 perempuan dan dengan Allah swt di akhirat nanti. kalau orang celik hukum agama & takutkan seksaan kubur & neraka, dorang x kan abaikan tanggungjawab & hak yang perlu
Hamba Allah @3.33,
Tu Harta Pusaka. Yg dia nak hak tu pencen n insurance. Zaman Sekarang kebanyakkan insurance guna penama sebagai hibah. Hibah Bukan Harta Pusaka. Hibah Ni utk pelihara hak Balu n anak2 arwah. Klu nk cakap pasal hak, Dia tu datuk..Patut tanggungjawab dia lah jaga Cucu.. Bukan ambik Cucu ye.. Jaga Keperluan cucu2.. Baru Betul. Selama arwah Hidup pun bukannya dia dok dengan arwah atau ditanggung arwah yg hidupnya Tiba2 pulak berubah Sebab arwah dah meninggal dunia.. Ni tiba2 lepas meninggal Mcm hidupnya affected pula. Lagi satu.. Keep on Sebut Ni Bukan Sebab duit.. Tapi insurance and pencen yg disebut2 tu apa.. Lawak sehh..
Faraid ni ada syarat2 tambahan ke? saya ingatkan, ar badul sbg ayah kandung boleh terus dapat. Mcmana hak dia boleh dinafikan begitu?
Faraid ni ada syarat2 tambahan ke? saya ingatkan, ar badul sbg ayah kandung boleh terus dapat. Mcmana hak dia boleh dinafikan begitu?
Pencen dan wang pampasan insuran tidak termasuk dlm harta pusaka. Dengar kata arwah ank badul ni muflis…
Lepas baca tadi aku dah siap karangan nak tambah perisa kuah kari kat komen sini, sekali aku terbaca siapa ntah kat atas tu cakap ada harta afraid, terus terbahak XD Hilang perisa tambahan karangan aku??
Untuk penerangan secara ringkas, duit pencen kerajaan ni hanya utk pasangan arwah (suami/isteri) dan anak2 yg berumur bawah 21 tahun. Tak kira ade berapa orang bini, pencen itu akan dibahagikanlah. Ada la kiraaan dia. Hanya si mati yg berkhidmat dalam kerajaan ni yang meninggal masih bujang baru lah diberikan pencen kepada ibu bapa arwah. Bab insurans sudah ada penama yang arwah dah letak. Tak nampak di mana katanya ini adalah harta pusaka. Kerana pencen merupakan sejenis ganjaran apabila anggota kerajaan berhenti berkhidmat, termasuk disebabkan meninggal dunia.
Ohh kiranya kereta, rumah dan tanah dikira harta pusaka. Pencen dan insurans bukan. Bagaimana pula dengan ASB dan kwsp, adakah dikira harta pusaka yg perlu difaraid?
Mana2 yang suami dia ambil untuk hibahkan kat isteri dan anak2, orang lain takde hak ye. jadi para suami yang tau ada isteri ramai, amiklah hibah untuk setiap isteri.
Cik Mira,untuk kwsp sy tak pasti sbb tu potongan dari gaji. Ini kena rujuk yang lebih arif. Tp kalau ASB yg merupakan simpanan,boleh dikira sbg harta pusaka.
TAKPELAH PAK BADUL…IKHLASKAN AJE..
DIA TUDUH DIA.. DIA TUNTUT HAK DIA.. DIA KATA DIA UDAH2 LAH TU.. ARWAH DAH TAKDE.. NI MENGENAI ORANG YG DAH TIADA APATAH LAGI AHLI KELURGA SENDIRI…
BILA TIBA MASA NANTI SEMUA MAHKLUK, MASING2
DI DUNIA AKAN DI SOAL AKAN TANGGUNG JAWAB, PERBUATAN MASING2 DI DEPAN AL HAKAM.
MULUT TERKUNCI KAKI TANGAN AKAN BERKATA2…
SABOR JE LAH…DOAKAN YG BAIK2 JER..
Jangan kecewa tak dapat hak pakcik..
Hak tu datang bersama2 tanggungjawab. Bukan free2 jer dapat.. Maka faham2 sendiri lah pakcik ya.
@Cik Hana… pencen x termasuk harta pusaka ke?
So x perlu di faraidkan?
Kenapa sedara suami saya, yg dh meninggal, ramai yg claim pencen simati sbb dikatakan mesti faraid…
Kalau pak cik badul nak hak juga, risik2 la duit KWSP arwah. Itu harta pusaka dan perlu difaraidkan. Duit pencen, pampasan insuran , lupakan je. Tiada hak pok cik di situ.
Ikut faraid boleh dapat, dah dapat hak tu, nanti kena lah pandai pandai gunakan semula untuk sara anak anak arwah sampai habis tanggungjawab yer. Ayah meninggal, tanggungjawab sara anak jatuh pada Datuk/waris lelaki keluarga ayah (bapa saudara dan yg berkenaan.)
( ????????) mula-mula gunakan alasan konon nak pegi tengok cucu je laaa …. lepas tu melarat la kepada $$$$$
Kalau arwah tu takde anak bini yang ditinggalkan boleh la ko dapat bahagian ko BEDUL eh BADUL, arwah ada anak dan bini. Mereka la yang berhak.
Kalau tak bawak la ke mahkamah nak tengok …. kalau BERANI laaa ha ha ha, bedul bedul ( ????????)
Faraid hanya harta hakmilik si mati, pada ketika dia mati seperti hartanah yang didaftarkan bawan nama si mati, wang simpanan di dalam akaun si mati. kenderaan yang di bawah nama si mati.
Pencen atau bayaran yang dapat selepas kematian, tidak dikira sebagai harta pusaka kerana bayaran-bayaran ini tidak berada di bawah simpanan si mati sebelum/ketika kematiannya. Bayaran2 ini muncul selepas kematian berlaku dan tidak tertakluk kepada faraid.
Pencen terbitan apabila kakitangan kerajaan meninggal hanya layak utk balu dan anak2 di bawah 21 tahun. Boleh semak di lawan web jpa.