AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Arwah Anak
Didakwa tamakkan harta Allahyarham anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia dalam insiden tertembak pada tahun lalu, pelakon dan pelawak AR Badul akui terkilan dan kecil hati dengan menantunya, Nour Shafinar Harun.
Mempersoalkan mengapa dia tidak mendapat pencen Allahyarham, Badul berkata dia tidak pernah sama sekali terfikir atau pun berniat untuk mengejar harta anaknya kerana dia juga sedar anaknya tidak mempunyai banyak harta.
BACA: AR Badul Kecewa Hak Dinafikan, Tak Dapat Harta Peninggalan Arwah Anak
“Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allharyaham. Apakah bapa seperti saya yang tidak menjaga anaknya tidak layak dapat? Itu saja yang saya nak tahu pada awalnya.
“Tak sangka pula sampai melarat macam ini hingga balu arwah mendakwa saya tamakkan harta. Saya tak pernah tanya pun apa-apa berkaitan jumlah pampasan yang diterima, saya hanya nak tahu penjelasan mengenai pencen itu,” katanya.
Menurut Badul, sejak anaknya meninggal dunia dia tidak pernah bertanyakan mengenai hal wang atau apa saja pampasan kepada menantunya itu kerana mereka tidak lagi pernah berjumpa dan berbincang.
“Ketika saya batalkan niat untuk buat inkues terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kematian anak saya, memang tak pernah tanya pun soal duit atau harta.
“Kalau betullah saya ini tamak duit atau harta arwah, sudah tentu saya bertanya kepada pihak ATM sejak awal lagi berapa jumlah pampasan yang bakal saya peroleh selepas batalkan inkues itu. Demi Allah, saya tak pernah tanya pun mengenainya.
“Saya seikhlas hati batalkan niat berkaitan inkues itu apabila mendapat jaminan daripada ATM bahawa nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 10, Remy Iskandar, 9, termasuk Izzul Zakly akan terjaga dengan baik dan terus terbela hingga mereka dewasa,” katanya.
Dalam pada itu, Badul menafikan dakwaan dilemparkan oleh seorang netizen mendakwa dia sudah pun mendapat wang faraid sebanyak RM5,500 untuknya. Tegasnya, dia tidak pernah dapat apa-apa wang berkaitan arwah anaknya.
“Saya tak ada dapat apa-apa pun duit sampai sekarang. Malah, apa yang saya nak tahu sangat sebenarnya mengenai pencen itu. Kalau tak layak, apa penjelasannya. Saya tegaskan lagi, bukan nak rebut atau tamakkan harta.
“Sejak isu ini timbul, macam-macam orang kecam saya kerana mereka tak tahu cerita dan boleh tulis apa saja serta cakap ikut suka di media sosial. Biarkanlah, kerana cakap memang sedap sebab tak kena pada diri sendiri,” katanya.
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 37, yang meninggal dunia dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
Tak tamak harta sudah la Pakcik, duduk diam2 tak payah sibuk tanya kenapa tak dapat pencen la…nak tuntut hak la…kebulur duit orang mati.
Agaknya inilah yg dikatakan karma ke atas seorang bapa yg tidak bertanggungjawab.
Kalau x tamakkan harta anak biar sj menantu yg uruskan. Dpt atau tdk tu urusan menantu. Yg penting nasib cucu terbela.
Memang tak layak pun sebab pencen anak dia gi kat bini..apa tak ada isu la
DUIT DUIT DUIT, anak tak jaga,dh mati nk duit.. mulut budak2 tu sape nk suap? MAK dorg jugak
yg penting cucu tu dpt duit utk “tumbesaran” mereka sehingga umur 21 tahun. Atok bgi belanja extra pun bagus dn dpt pahala sbb dia anak yatim, kalau atok x bagi pun x ape, janji “tumbesaran” cucu tiada terganggu.
ATM dah beri penjelasan dlm sidang media. Ada apa lagi?
Mmg x layak dpt sbb arwah ada bini dan anak yg msh kecil. Rasanya duit pencen tu pun x ckp, x perlu la mnta harta yg kcik. Dh la sikit, direbutkan pl dr anak yatim.
Boleh senyap dah kot..ko pun sedar x jage dari kecik jadi ape lg yg ko nak harapkan..move on
Bdn sihat keje la pakcik xkan nk mkn hasil anak yatim plak???
Apa pantat ko ni badul.. Dah tua pun bodo.. Kawin tau buat anak ramai.. Lepas tu lepas tangan.. Cerai bini.. Tak jaga anak.. Ni anak da meninggal dunia.. Lagi mau paw duit..
#peribahasa baru..
Bodo seperti badul
kalau dia bujang yela. skrg ni ada pasangan dgn anak bawah umur 21 tahun.. kenapa nk beri penjelasan apa lgi? mmg la xdpat duit pencen badigol. duit pencen yg sebokkan..selama ni ko kat mana.
looo dah arwah ada anak bini..mesti le pencen tu pergi ke bini dia..napa lak pakcik nak jugak…issshhh kee aku yg tak faham
Mungkin sebab mak arwah dpt bahagian duit pencen, tetapi dia tidak. Itu yg dia musykil …
Garis panduan org2 yg layak mendapat pencen tanggungan yang dikeluarkan oleh JPA, kedudukan ibu dimuliakan. Jika ibu sudah tiada, baru si bapa layak. Sebelum cerita sana sini, elok lah rujuk kpd yg berpengetahuan.
Tanggungan gemulah layak dipertimbangkan Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan. Orang yang layak menerima faedah-faedah tersebut ialah:
Pencen Terbitan
Balu/Duda/Anak
Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Anak pula ertinya anak anggota yang di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak tak sah taraf, anak angkat dan anak cacat.
Ganjaran Terbitan
(i) Balu/duda/anak;
(ii) Ibu gemulah dan jika ibunya telah mati, kepada bapa tanggungannya;
(iii) Jika tiada orang yang berkelayakan, akan dibayar kepada wakil diri yang sah di sisi undang-undang.
(iv) Bagi anggota bujang yang meninggal dunia, hanya Ganjaran Terbitan yang akan dibayar kepada ibu/bapa atau wakil diri yang sah di sisi undang-undang.
Ni aku copy paste dr JPA online. So mmg pakcik x layak..End of story .Pakcik pun x jlnkan twjb so xyahla rajin nk bertjwb cari jwpn napa pakcik x layak dpt pencen arwah. Baik pikir cmne Pakcik leh cover balik keculasan dan kealpaan pakcik x jlnkan tjwb kat arwah anak dulu dgn menjaga dan mendidik anak2 arwah sebaik mungkin slagi pakcik bernyawa..inshaAllah kurang bebanan dosa x laksana tjwb pakcik dulu dr pakcik berebut harta yg bkn hak pakcik.
Sebok hal cucu…anak kau ade anak lain ke selain anak dgn si balu tu…tau lah mak bapak nya jaga anak mereka..kau yg bukak cerita sebok harta si mati buat ape..nampak sgt kau lapar duit anak ko tu..walhal masa hidup tak baik pon…bila dh mati sebok mengaku anak sbb nak tumpang duit sekaki sbb kau tau jumlah nya bkn sikit…mesti bini kau yg hasut..
Arwah ada 2org anak dr isteri pertama(bekas)..selama ni bekas isteri sara anak dgn suami baru..skrg suami dah xde tp ada pencen..mslh skrg ni,dia nak tuntut utk cucu dgn isteri pertama,bkn cucu dr balu..
Persoalan nya,adakah arwah senaraikan 2 anak terdahulu dlm tanggungan arwah?..
Tu yg aku nmpk skrg ni..
Tp aku juga ingin persoalkan badul,selama ni ko ada tak bagi duit belanja kat cucu ko yg 2org tu?
PENCEN hanya layak untuk PASANGAN yg dinamakan sahaja.
Once meninggal pasangan yg akan dapat. lepas pasangan meninggal kerajaan xakan bayar pencen lagi pak cik oiii.. xkan itu pun xtau.. bankruptla kerajaan kalau pencen tu sambung sampai 7 keturunan. kalau meninggal lepas pencen tapi bujang/duda, xde pencen juga.