fbpx

APEC Main Peranan Penting Untuk Malaysia

Biarpun menjadi persoalan, mengapa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 perlu diteruskan sedangkan Malaysia sedang berdepan dengan krisis pandemik, namun kelangsungan persidangan ini mempunyai tujuan tersendiri.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Persidangan APEC 2020 yang berakhir baru–baru ini membincangkan keperluan Malaysia dan 21 Ekonomi yang memerlukan suntikan dana pelaburan atau bantuan dalam usaha pemulihan ekonomi akibat pandemik COVID-19 mencapai kata sepakat.

Platform APEC ini adalah wadah 21 Ekonomi sama-sama mencari penyelesaian dan rumusan bagi menghidupkan semula ekonomi negara anggota dan dunia.

Sidang ini bukan untuk menaikkan imej atau penarafan, tetapi penting sebagai satu daripada banyak usaha memulihkan ekonomi Malaysia.

Menjadi Tuan Rumah APEC 2020, persiapan Malaysia untuk meneruskan persidangan ekonomi menggunakan pendekatan format mesyuarat secara atas talian membuktikan keprihatin terhadap permintaan ketua negara ekonomi APEC bagi memastikan deligasi dapat mengikuti perbincangan jitu walaupun tidak dapat hadir secara fizikal.

Sungguhpun perlu berdepan dengan perbezaan waktu antara Malaysia dengan negara ekonomi lain, cabaran itu diambil kira bagi memastikan persidangan APEC 2020 berjalan lancar.

Selain rangkaan pelbagai agenda berteraskan Kemakmuran Bersama dan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat, pendekatan interaktif untuk membincangkan polisi APEC 2020 berjaya dijalankan menerusi mesyuarat dianjurkan secara maya.

Menjadi tuan rumah buat kali keduanya selepas 1998, penganjuran persidangan menghimpunkan 21 negara ekonomi APEC adalah penting selari dengan perspektif kerajaan dalam menyasarkan latar belakang Wawasan 2020.

APEC 2020 juga menyediakan landasan keterbukaan perkongsian pandangan dan perancangan menerusi tumpuan kerjasama ekonomi boleh memberi manfaat kepada semua negara termasuk ekonomi penyumbang dan penerima.

Selain itu, menerusi persidangan ini pembangunan ekonomi dan kewangan Asia Pasifik dan isu sosio-ekonomi nasional dan serantau dapat dilaksanakan menerusi program kerja APEC di peringkat kumpulan kerja dan pegawai kanan APEC. Sepanjang penganjuran APEC 2020, Malaysia telah berjaya menjalankan lebih tujuh mesyuarat sektoral dalam bidang-bidang perdagangan, kesihatan, kewangan, wanita, PKS dan Keselamatan Makanan.

APEC 2020 juga memberi penekanan terhadap perkongsian kemakmuran mencakupi setiap lapisan masyarakat yang bersesuaian dengan tema yang diketengahkan dalam persidangan kali ini. Sewaktu Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin APEC (AELM)2020 baru-baru ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Yassin, Malaysia telah berjaya mencapai kesepakatan kesemua pemimpin-pemimpin APEC untuk menerima pakai Visi Putrajaya APEC 2040 dan Deklarasi Kuala Lumpur 2020.

Ini adalah sebuah pencapaian yang amat membanggakan memandangkan sudah dua tahun Deklarasi Pemimpin APEC tidak dapat mencapai kesepakatan. Visi Putrajaya APEC 2040 pula adalah untuk menggantikan Matlamat Bogor yang akan matang pada akhir tahun ini.

Kejayaan APEC tahun ini tentunya akan dapat mewujudkan kemakmuran yang lebih besar dengan menggalakkan keseimbangan dan kelestarian pertumbuhan bagi meningkatkan integrasi ekonomi serantau.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah sekretariat kebangsaan APEC 2020 yang menganjurkan forum tahunan ini.