fbpx

Apakah Punca Biasa Jerawat Pada Wajah? Jom Kita Kaji

Sebut sahaja mengenai jerawat atau pun kulit bermasalah, rata-ratanya pasti pernah mengalaminya terutamanya bab jerawat. Bezanya ada segelintir yang ditumbuhi jerawat yang banyak dan sukar untuk hilangkan atau ada juga yang sekadar tumbuh jerawat biasa.

Bila wajah ditumbuhi Mutiara kecil ini sekaligus akan membuatkan anda kurang keyakinan dan secara tidak langsung akan menjejaskan interaksi sosial anda. Tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) inilah masa terbaik untuk anda merawat semula kulit wajah anda.

Sebelum itu, jom kita teroka apa punca sebenar wajah ditumbuhi jerawat.

Apa Punca Biasa Jerawat?

Punca paling mudah untuk ditumbuhi jerawat adalah apabila pori-pori pada kulit anda berminyak yang akan menghasilkan sebum (sejenis minyak pada wajah). Sebum ini sekiranya berlebihan akan menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan memudahkan bakteria dalam folikel liang roma anda membiak.

Kesannya apabila pori tersumbat akan memyebabkan jerawat anda tumbuh dengan jayanya dan akan menyebabkan wajah anda juga ditumbuhi jerawat jenis di bawah.

1. Bintik Hitam

Bintik hitam ini akan terhasil apabila tersumbat dengan sel kulit mati dan minyak yang berlebihan. Terdapat dua jenis bintik yang akan tumbuh pada wajah anda iaitu binti hitam dan bintik putih.

Jerawat jenis ini sering terjadi di bahagia hidung, dagu, dahi dan sedikit pada pipi. Jadi anda harus rajin untuk atasi jerawat halus ini.

2. Bintik Putih

Bintik putih atau whitehead berlaku akibat pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit, ia menjadi bintik putih kecil dan keras yang dipanggil jerawat putih. Rupanya kelihatan seperti jerawat, tetapi tidak merah dan meradang. Tidak seperti jerawat, anda tidak boleh memicit isinya keluar. Jerawat putih boleh tumbuh di mana-mana pada kulit anda, tetapi biasanya tumbuh di dahi, pipi dan di kawasan bawah mata.

3. Jerawat Biasa (Papul)

Okey! Jerawat Papul ini yang paling ditakuti terutamanya golongan wanita. Iaitu bekas jerawat yang akan meninggalkan kesan bintik merah dan bersaiz kecil. Jerawat Papul ini biasanya berlaku disebabkan pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang.

4. Jerawat Besar (Pustul)

Dari jerawat papul yang bersaiz kecil sekiranya jerawat tersebut menjadi besar ia di panggil jerawat pustul. Jerawat pustul ini kebanyakkan ada pada wajah lelaki dan wanita yang mempunyai minyak yang berlebihan pada wajah.
Bagaimana nak tahu jerawat pustul ini. Anda lihat sahaja jerawat yang berwarna merah, besar dan mempunyai mata iaitu nanah.

Info Tambahan

Seperti yang kami katakan tadi masa PKP inilah masa yang sesuai untuk anda rawat semula kulit wajah anda. Jangan tangguh lama-lama, cari jalan penyelesaiannya segera.

Dalam banyak-banyak pencuci muka, pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah salah satu pencuci muka yang kami sarankan untuk anda beli. Bukan sahaja mampu merawat masalah jerawat anda.
Pencuci muka kegilaan ramai ini juga mampu kembalikan kulit wajah anda seperti sediakala yang bersih tanpa sebarang celaan.

Bukan itu sahaja, pencuci muka Cetapil ini juga mampu mengembalikan kematangan kulit wajah anda. Kerana ia terbukti keberkesanannya dalam lingkungan penggunanya.

Jika anda masih was-was dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini anda boleh google sahaja feedback pengguna. Kami percaya rata-ratanya akan berpuas hati dengan pencuci muka ini.

Jangan tak tahu Cetaphil merupakan jenama penjagaan kulit yang disarankan oleh ramai pakar dermatologi kerana ianya bersifat lembut ke atas semua jenis kulit, bukan sahaja kulit sensitif. Data menunjukkan 97% wanita yang mencuba Cetaphil akan terus menggunakan produk pembersihan muka Cetaphil secara berterusan.

Tidak hanya tertumpu kepada masalah wajah berjerawat sahaja, Cetaphil juga bertindak membersih dan melembap dengan lembut ke kulit wajah tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.

Pembersih wajah Cetaphil ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering, berminyak dan sensitif. Menarik lagi, untuk anda yang tiada masalah kulit wajah (kulit normal) pun boleh menggunakan produk ini. Barulah kulit lebih bersih dan sihat sentiasa.

Yang paling penting, formulasi yang digunakan untuk pencuci wajah ini bebas dari sabun dan wangian yang boleh merosakan kulit anda. Sesuai untuk kesemua jenis kulit.

Jadi dalam tempoh anda di rumah inilah, masa yang paling sesuai untuk anda pulih semula kulit wajah anda agar tiada lagi masalah jerawat atau sebaliknya.

Ingat kulit cantik. Ingat Cetaphil. Barulah anda boleh raya dengan wajah yang berseri-seri selepas ini.

Pembelian boleh menerusi e-store rasmi: Shopee atau Lazada.