fbpx

Apakah Cabaran TokTi? Menarik Ni!

Siapa sahaja yang tak tahu, Penyanyi Top 1 Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah dilantik menjadi duta jenama terulung peralatan rumah di Korea Selatan, CUCKOO.

Tidak semata-mata memegang gelaran duta produk CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai TokTi menerima kejutan yang luar biasa dari CUCKOO.

Kejutan ini lain dari lain apabila TokTi dicabar oleh CUCKOO untuk menilai sendiri hasil kerja dari Natural Doctress CUCKOO. Menarik ni! Secara tak langsung korang boleh tengok sendiri bagaimana TokTi jadi wartawan.

Kalau korang nak tahu, cabaran ini memerlukan TokTi untuk menghadiri dua rumah pelanggan bagi menjalankan servis CUCKOO untuk merasai sendiri bagaimana Natural Doctress CUCKOO menjalankan tugas.

Semasa dalam perjalanan, TokTi sempat mengajukan beberapa soalan kepada Natural Doctress CUCKOO untuk memahami kehidupan sebagai Natural Doctress. Nak tahu apa yang TokTi tanya? Tengok video sampai habis.

Rumah pertama yang TokTi terjah adalah untuk menjalankan Servis Penapis Air CUCKOO ICON dan rumah kedua untuk Servis Penapis Udara CUCKOO B Model Cordless. Terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi semasa perkhidmatan.

CUCKOO Natural Doctress dan TokTi mengadakan sesi temuduga selepas melakukan perkhidmatan. Korang nak tahu apa hasilnya? Salah satu soalan yang diajukan oleh TokTi adalah bagaimana CUCKOO Natural Doctress kekal bersemangat untuk terus mengusahakannya dan jawapan oleh CUCKOO Natural Doctress ialah “We Know, We Care”.

Beliau memegang pada prinsip ini untuk pastikan bahawa setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah sama seperti layanan terhadap keluarga sendiri.

CUCKOO Raih Pencapaian Tertinggi

Kami yakin ramai di antara korang yang menjadi pelanggan setia CUCKOO dan dari situ korang boleh tengok sendiri hasil kerja mereka. Dengan hasil kerja yang tip top tidak mustahil sehingga kini CUCKOO International mampu memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta rakyat Malaysia dan lebih 5 juta pengguna isi rumah Malaysia. Satu jumlah yang akan besar jika hendak dinilai.

CUCKOO tidak hanya memberi servis yang terbaik malah jenama popular kegemaraan ramai ini juga mengadakan satu tinjauan bebas pada awal tahun 2022 untuk menilai kepuasan pelanggannya terhadap perkhidmatan CUCKOO.

Ternyata sebanyak 97%* Kepuasan Pelanggan terhadap servis CUCKOO. Memang betul-betul luar biasa! CUCKOO dengan konsep “Kami Memahami, Kerana Itu, Kami Peduli pada setiap perkhidmatan yang kami sediakan” akan memberikan lagi pesekitaran yang sihat untuk korang.

Kalau korang nak tahu pencapaian terbesar CUCKOO ini juga adalah disebabkan pelanggan mereka yang sentiasa memberi kerjasama. . Oleh itu, CUCKOO mahu merakam jutaan terima kasih atas kepercayaan dan amanah diberikan.

Bagi korang yang inginkan pesekitaran yang bersih dan selamat serta ingin menyertai Pasukan Servis CUCKOO+, korang boleh menghubungi talian khidmat pelanggan CUCKOO 1800-88-8181.

*Nota: 97% pelanggan amat berpuas hati dengan Natural Care Service yang dijalankan oleh CUCKOO.
(Penilaian adalah berdasarkan servis yang dijalankan buat pengguna Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO)