fbpx

Apabila Bekas Isteri Wakil Rakyat Gagal Matematik Mudah

Kami sahaja atau laporan akhbar yang salah lapor? Ada bekas isteri wakil rakyat minta muta’ah berjuta ringgit.

Siti Aishah Chou Abdullah mendakwa bekas suaminya mampu membayar wang berjumlah RM3 juta ringgit yang di’minta sebagai muta’ah selepas bercerai tahun lalu.

Dakwaan itu adalah asas yang mana bekas suaminya, Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu yang beliau ada simpanan berjumlah RM1 juta dalam bentuk aset & saham amanah.

Siti Aishah juga mendakwa yang bekas suaminya mempunyai kilang getah & sebuah syarikat di’luar negara.

Begini ya, Siti Aishah minta RM3 juta tunai tetapi Wan Ismail ada RM1 juta dalam bentuk bukan tunai.

Di’mana letaknya kemampuan Wan Ismail Wan Jusoh dalam soal ini? Tuntutan ini kami rasa lebih kepada tamak & bukan’nya memikirkan masalah tidak cukup makan pakai anak-anak. – BERNAMA