fbpx

“Apa Tak Habis-Habis Cerita Pasal Kahwin Ni?”

Tiada angin tiada ribut, sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter mendakwa pelakon dan penyanyi Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada kepada seorang ahli politik.

Seperti menjawab khabar angin yang sedang bertebaran di media sosial, menerusi satu perkongsian di Instagram Erra enggan mengambil pusing mengenai dakwaan berkenaan.

BACA:Banyak Dapat Tawaran, Erra Fazira Tak Halang Aleesya Jadi Artis

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini? Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” tulisnya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Erra menafikan dakwaan berkenaan serta mengatakan dia masih lagi ibu tunggal serta meminta doakan agar dia dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti. Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya.

Terdahulu, pengguna Twitter itu turut mempersoalkan sama isteri pertama kepada ahli politik itu tahu dirinya dimadukan atau tidak.