fbpx

“Apa Salah Saya Asyik Kena Kecam Orang Ramai?”

Tidak dinafikan selain Fathia Latiff, nama Uqasha Senrose antara selebriti yang sering dikecam dalam apa saja yang dilakukannya. Menyedari hal itu, Uqasha meluahkan rasa kecewanya dengan sikap peminat yang tidak henti mengaibkan dan menghentam dirinya di laman sosial.

BACA: Uqasha Senrose Bengang Dilabel Gemuk

“Apa sebenarnya salah saya kerana sering sahaja dihentam di media sosial. Saya juga hairan dengan tindakan sesetengah netizen yang tidak penat mengecam dengan memuat naik komen-komen pedas di akaun saya”

Selain itu, Uqasha turut berasa terkilan dengan komen yang diberikan di laman sosial yang rata-rata berbaur kecaman daripada nasihat membina biarpun memuat naik perkembangan kerjayanya. Malahan lebih menyedihkan, isu buka tudung yang sudah lama berlalu pun masih dibangkitkan.

“Boleh dikatakan dalam seribu komen, hampir semuanya berbaur hentaman dan ada sesetengah itu mengaibkan saya. Sejujurnya saya tak tahu nak buat macam mana lagi kerana setiap perbuatan saya pasti dikecam dan ia seolah-olah menunjukkan ramai sangat yang tidak sukakan saya”

“Bahkan isu buka tudung dua tahun lepas pun masih dibangkitkan semula dan saya berharap agar netizen dapat beri ruang kepada saya dengan menilai hasil kerja saya,” jelasnya kepada portal My News Hub yang sudah penat mendengar kecaman peminat saban hari.

Terdahulu, Uqasha dikecam hebat apabila kantoi ‘edit’ bentuk badannya untuk menampakkan dirinya sedikit kurus hingga mengakibatkan dinding di belakangnnya bengkok. Sebelum itu, Uqasha juga turut mendapat kecaman selepas muncul dengan bentuk badan yang agak gempal di malam ASK. (rtky/w)