fbpx

“Apa Nasib Ibu Tunggal Yang Kerja Upah RM10 Sehari?”

Mungkin itu persoalan yang difikirkan oleh ramai rakyat Malaysia tentang nasib ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) ketika wabak COVID-19 melanda seluruh dunia ketika ini.

Bukan semua ibu tunggal dan OKU bernasib baik memiliki kerja tetap serta masih ramai antara mereka yang masih bergantung harap kepada upah kerja yang murah serendah RM10 sehari.

Namun berita gembira yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini mampu membuatkan lebih 300,000 orang ibu tunggal dan OKU menarik nafas lega.

Golongan OKU dan ibu tunggal akan menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan tersebut berdepan impak COVID-19. Bantuan kewangan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum Aidiladha.

Bantuan itu merupakan salah satu inisiatif khas yang terkandung dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan kepada kita semua baru baru ini.

Selain itu, kerajaan juga akan mengeluarkan geran khas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk menjaga kebajikan ibu tunggal dan OKU untuk jangkamasa panjang selepas ini. (rtky/m)