“Apa Masalah Bibik Makan Tak Semeja? Awak Nak Dia Duduk Atas Riba Saya Ke?
Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok apabila netizen mempertikaikan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak duduk semeja dengan pembantu rumah ketika berbuka puasa.
Menerusi video itu, dapat dilihat dua orang pembantu rumahnya sedang makan di meja berasingan dan ada yang mendakwa Vida mengasingkan pekerjanya kerana tidak setaraf.
BACA: Iqbal Dituduh Calit Minyak Dagu Pada DSV
View this post on Instagram
Tampil menjelaskan perkara itu di Instagram, Vida berkata dia memberi makan pada pembantu rumahnya pada waktu yang sama dengannya makan ketika berbuka.
“Tak ada kerja lain ke, cari pasal nak mengutuk saya. Apa masalah bibik tak semeja dengan saya? Awak nak dia suruh duduk atas riba saya ke?
“Saya bagi bibik makan waktu saya berbuka juga. Dia makan di meja sana, saya makan di meja sini dengan tenangnya. Saya tak fahamlah. Lagi pun bibik makan dengan kakak saya, Mok Jah. Macam satu family. Apa masalah sebenarnya?” katanya.
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu serta meminta usahawan berkenaan tidak mengendahkan komen negatif.
Hal kecik. Waktu mkn adalah waktu utk bercerita hal harian. Seisi keluarga ja patut tau. Org luar termasuk bibik xleh dengar. Bibik pun x kose nk dengar sbb derang nak fokus mkn dengan seleranya.so, duduk asing la praktikal
mende lah korang ni.. biasa lah tu….
Ni pun nk jd gossip?
Inilah dia netizens jenis LOSERS.
Dalam kehidupan mereka, kena sentiasa cuba cari salah orang-orang yang jauh lebih hebat dari mereka. Sebab nak ubatkan hati kerana kehidupan sendiri kucar-kacir.
Netizen Losers ni tak ada orang gaji. Kalau tidak kerana orang Indonesia, Netizen Losers lah yang jadi orang gaji. Tapi tak laku, sebab PEMALAS.
Ni aku nak kena ajar sikit hal etiquette bila kita ada orang gaji, ada drebar, ada tukang kebun — mereka ni “Pekerja kita”, dan bukan “ahli keluarga”. Sebab tu tak boleh buat macam ahli keluarga, makan satu meja.
Faham tak, LOSERS? Kalau masih tak faham, mari dekat sikit. Bagi aku TERAJANG. Mungkin jadi cerdik sikit.
Normal je ni. Kerja kan. Bkn dia satu kuarga. Sukati lah dia nak mkn dgn kuarga saja. Buat baik berbada bada. dah bg job bg mkn bg tmpt tinggal, layan as a staff, okay je walaupun not DSV fan x perlu kecam dia. Bkn dia letak bibi tu mkn dlm reban.
Btw, Aku pun kalo jd bibik, x ingin ngadap muka bos masa tgh mkn. Gitew.
Kalau aku jd pembantu rumah dsv, aku lg suka mkn berasingan meja..sb ada privacy sikit..xle malu2 nk makan dpn majikan hahaha