fbpx

“Apa Kata Orang Atasan Finas Turun Padang, Sebelum Sembang Oscar”

Umum mengetahui berkuat kuasa 23 Mei 2020, Zakaria Abd Hamid dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menggantikan Datuk Hans Isaac.

Baru sahaja memegang jawatan tersebut, kenyataan Zakaria yang ingin membawa industri perfileman tanah air sehingga ke peringkat Anugerah Academy atau Oscar menimbulkan rasa kurang senang segelintir anak seni.

BACA: Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan

Menerusi Twitter, pelakon Tony Eusoff berkongsikan pendapatnya tentang kenyataan pengrusi Finas itu. Menurutnya, penulisannya itu bukan mahu menghentam mana-mana pihak tetapi membuka mata seluruh penggiat industri seni.

Katanya, sebelum bercita-cita nak pergi lebih jauh, perlu lihat pelbagai isu dalaman yang perlu diperbaiki. Bercakap memang mudah, tetapi bagaimana cara untuk merealisasikannya.

Malah, Tony turut menyeru pihak atasan Finas untuk turun padang terlebih dahulu dan melihat sendiri kerja keras pekerja-pekerja seni termasuklah pelakon.

“Sebelum sembang Oscar, apa kata orang atasan Finas turun padang dulu, tengok keadaan ‘shooting’ macam mana. Periksa bahagian ‘wardrobe’, tengok baju-baju itu artis punya atau produksi yang sediakan,” katanya.

Ujarnya lagi, jika mahu menang Oscar sekali pun apakah langkah-langah yang dicadangkan. Tonye berkata dari segi bajet, industri seni tanah air kita jauh ketinggalan berbanding pemenang Oscar.

Dalam pada itu, Tony turut menyeru pihak berkenaan supaya tidak memperlekehkan cabaran pekerja filem tanah air dengan niat hanya mahu menang anugerah antarabangsa.