fbpx

Dalam hidup ini mestilah kita punyai impian tersendiri — sama ada mahu menjelajah dunia, memiliki rumah sendiri mahu pun tidak perlu risau tentang masalah kewangan di masa hadapan.

Tetapi ramai sebenarnya yang masih buntu untuk lakukan perancangan sendiri lebih lebih lagi dari segi kewangan untuk merealisasikan impian mereka.

Maklumlah jika mahu memiliki rumah sendiri atau mengerjakan haji bersama insan tersayang, belanjanya bukan sedikit malah memerlukan perancangan rapi dari segi kewangan dan perbelanjaan.

Sun Life Malaysia dengan pelbagai produk insurans hayat dan Takaful keluarga termasuklah perlindungan kesihatan, simpanan persaraan, pelaburan jangka panjang dan simpanan untuk pendidikan boleh membantu anda untuk merealisasikan impian.

Sekarang Sun Life Malaysia sedang anjurkan satu peraduan mudah untuk anda zahirkan impian anda — jika terpilih menjadi yang paling kreatif, anda boleh menang baucar wang tunai RM500.

Rakam video anda menyanyikan bait lagu Brighter Lives dan jangan lupa masukkan impian anda dalam baris kedua lirik berikut

I want to live my life, live it brighter
I want to (nyatakan impian anda)
Life is brighter, all together, life is brighter under the Sun
Life is brighter, all together, getting closer to what I want.

Nyanyi ikut irama (sing in tune) dengan tepat dan terus muatnaik ke akaun media sosial di Instagram — jangan lupa sertakan hashtag #BrighterLives #SingItBrighter dan #SunLifeMalaysia selepas anda tulis caption menerangkan impian anda secara terperinci.

Tunggu apa lagi? Bukan selalu kita boleh berkongsi angan-angan positif dan menang hadiah baucar wang tunai RM500 pula tu. Tak sabar nak lihat video anda semua menyanyi karaoke lagu Brighter Lives, ayuh!