fbpx

Anzalna Tolak Tawaran Tudung Jenama Lain Demi Arwah Siti Sarah

Menggatikan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arwah, pelakon Anzalna Nasir berkata dia sanggup menolak tawaran menjadi duta tudung jenama lain.

Menurut Anzalna, arwah Siti Sarah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya namun hasrat berkenaan tidak kesampaian.

BACA: Anzalna Nasir Sebak Ganti Siti Sarah Jadi Model Tudung

“Arwah Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain.

“Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya telah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain saya terpaksa menolak tawaran tersebut demi menjadi sebahagian daripada Loveta,” katanya.

Kata Anzalna lagi, dia bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwah.

Kata Anzalna lagi, dia turut mengambil masa dan berbincang dengan suaminya, Hanif Zaki sebelum menerima tawaran kerana sedar tanggungjawab besar yang akan digalas.

“Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini. Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwah Siti Sarah.

“Arwah meninggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau.

“Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat. Saya berharap kehadiran saya akan membawa jenama Loveta ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.