Anzalna Nasir Tak Beli Barang Tiruan Untuk Anak

Pasti ramai tahu pelakon jelita, Anzalna Nasir baru saja menimang cahaya mata kedua pada Mei lalu yang diberi nama Mohamad Emirhan.

Foto anak keduanya itu menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi mata netizen tertumpu kepada jenama bedung yang dipakai Emirhan yang dikatakan berharga mencecah ribuan ringgit.

BACA: Anzalna Nasir Selamat Bersalin Anak Kedua

Malah, di Insta Story ada netizen mempersoalkan tindakannya itu membeli baju berjenana untuk anak-anaknya serta bertanyakan sama ada Anzalna pernah membeli barangan tiruan untuk anaknya.

Menjawab persoalan tersebut, Anzalna berkata dia tidak pernah membeli barangan berjenama tiruan untuk anak-anaknya kerana bimbang memalukan anak jika ianya diketahui orang.

Menurut Anzalna lagi, dia tidak berkira dalam soal berbelanja untuk anak-anak kerana mereka adalah pembawa rezeki. Ujarnya lagi, lebih baik jika berbelanja mengikut kemampuan diri walaupun barangan tersebut bukanlah yang berjenama.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Momahad Eidress kini berusia 2 tahun.