Anzalna Nasir Selamat Bersalin Anak Kedua
Tahniah diucapkan kepada pelakon Anzalna Nasir yang selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suami pelakon itu iaitu Hanif Zaki menerusi Instagram sebentar tadi serta memuat naik foto Anzalna dan bayi mereka.
BACA: Anzalna Nasir Tak Mahu Ambil Pengasuh, Bimbang Kes Dera
Menerusi entri itu, Hanif meluahkan rasa syukur anak kedua mereka selamat dilahir. Ujarnya, sepatutnya hari ini Anzalna menjalani pemeriksaan terakhir.
“Alhamdulillah berkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini. Hari ini sepatutnya kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way,” tulisnya.
Terdahulu, menerusi Insta Story Anzalna memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang dilakukan serta memohon doa urusan bersalin dipermudahkan.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Momahad Eidress kini berusia 2 tahun.
Alhamdullilah…
Memang trend sekarang ya lepas beranak terus selpi bertiga, lepas tu share pada public? Tak perlu terikut sgt dengan kata2 netizen, netizen skrang pun ramai yang tak cerdik, tambah2 lagi netizen akhir zaman ni
Mcm tokti ckp..nk share gambo ank ke x nak..hal mak bapak masing2.
Haa..yg tampal sticker tu..troskan hobi hang sampai ank masok skolah..bole tros pakai topeng custom made lagi hahaha.
Pd Anzalna dan suami..alhamdulillah & tahniah!! Such a beautiful moment captured.
Mesti anak kedua anak lelaki sbab tu x nak announce jantina. Apa2 pun harus selalu bersyukur atas anugerah Allah