fbpx

Anzalna Nasir Pilih Nama Anak Mohamad Eidrees

Tahniah diucapkan kepada Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang baru saja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 31 Mei lalu.

Genap seminggu menimang cahaya mata, menerusi Instagram Anzalna Nasir berkongsikan nama anak sulung mereka iaitu Mohamad Eidrees bin Mohamad Zaki.

BACA: Sarat Lapan Bulan, Anzalna Nasir Tetap Masak Untuk Sahur

Menurut Anzalna, nama anaknya itu dipilih bersempena dengan kelahiran yang hampir dengan sambutan 1 Syawal. Pasangan itu turut mengadakan majlis tahnik buat anak mereka semalam.

Menerusi satu entri, suami Anzalna turut mendoakan semoga cahaya mata mereka itu membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji nama anak yang dipilih oleh pasangan tersebut. Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.