"Dengan Rendah Diri, Saya Minta Maaf Kepada Semua & Pihak Sana"
Terus dihimpit dengan cacian dan makian setiap hari akibat kenyataan ‘meroyan’ tempoh hari, akhirnya Anzalna Nasir memohon maaf atas tindakannya tidak berfikir panjang ketika bercakap. Jelasnya, beliau tidak tahan lagi melihat kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.
BACA: Bella Astillah: Perkataan Meroyan Tak Manis
“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi. Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan”
“Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai sikapnya yang tidak matang.
Susulan campur tangan Anzalna didalam penglibatan adiknya, Afifah Nasir didalam rumah tangga orang, Anzalna nampaknya telah menukar akaun Instagramnya kepada ‘private’. Malah setelah pelbagai pendedahan oleh Aliff Aziz semalam, ramai mendesak Afifah tampil memohon maaf.
“Saya tak takut, tetapi enggan mengeruhkan lagi keadaan dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff dan Bella Astillah masih bersama,” tambahnya lagi.
Mungkin Anzalna terlalu cepat mempertahankan adik sendiri walaupun ketika itu masih tiada kesahihan mengenai kejadian sebenar yang berlaku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memang padah akibatnya. (rtky/w)
- SUMBER
- astro gempak
Terlambat dah oii Anzalna. Ramai org dah benci kau. Sila boikot betina dari drama2. Jaga saje suami kau tu.
Kesian anak prof yang ada laki kaya si hanif ni marah dgn org tapi bella di sindir meroyan. Lepas tu minta maaf dgn org ramai? Bukan dgn bella. Tidak pun ada di sebut minta maaf dgn bella yg sedang berpantang. Semoga Allah selamat kan bella dr meroyan .
Setuju! Yak nak lagi tengok dia belakon. Kita buat mcm hanez. Retis2 mcm ni . Ramai. Jga lah laki mu nanti org sabah curi. Alif dan pipah klu nak memadu asmara blh ke siam atau batam atau ke eropah buat di sana. Wan ariff atau laki anzalna blh sponser merela kan orang kaya tak kisah berkongsi . Keluarga mereka pun open minded boleh terima orang mcm ni.
Betul betul betul
In the 1st place pttnye anzalna ckp saje no comment kalau ade yg bertny kat dia.. tp dah bg statement mcm tu anzalna ke hadap la segalanye.. all the best to u anzalna.. mudah2an dipermudahkan semuanye..
Ko mintak maaf ngn sapa Ajalnal? Sepatutnya ngn Bella bukan mintak maaf ngn org kecam ko…bodo betui anak Prof ni…harap Prof muhasabah rezeki yg beri pd anak2 tu ya spai jd bodo camtu.
Anzalna should be more carefull. Because before this pun ada kes dgn neelofa. Kerana mulut bdn binasa
Nasi dh jd bubur.lawak2.contoh2 artis tk berkualiti bila berckp..harap muka tu pun.make up lebih..g la training sikit pasal PR ke apa..lawak2.