fbpx

Anzalna Nasir Idam Konsep Perkahwinan Diraja British

Menjadikan Kate Middleton sebagai idolanya, Anzalna Nasir yang akan menamatkan zaman solonya bersama jejaka pilihan hati Hanif Zaki, telah bersetuju untuk memilih konsep perkahwinan ala inggeris bercirikan perkahwinan DiRaja British persis idolanya Kate Middleton dan Putera William.

BACA: Anzalna Nasir Umum Nikah 21 Februari Tahun Hadapan

“Saya suka konsep perkahwinan Diraja British persis Kate Middleton kerana beliau merupakan idola saya. Lagipun tarikh lahir saya dan Kate Middleton jatuh pada hari yang sama,” katanya yang ditemui di Sri Pentas TV3.

Bagaimanapun, Anzalna tidak akan sesekali melupakan adat perkahwinan budaya melayu kerana dia dan bakal suaminya Hanif, akan memakai pakaian tradisional melayu semasa persandingan mereka di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.

“Walaupun mahukan konsep ala inggeris saya akan terapkan budaya melayu di persandingan saya di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan bersama peminat-peminat di sana,” tambahnya lagi.

Merancang untuk berbulan madu di Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah pihak keluarga untuk menunaikan umrah.

“Untuk berbulan madu saya dan Anzalna sukakan ketenangan jadi kami mungkin memilih kepulauan Maldives atau Bora Bora untuk beristirehat sambil berbulan madu. Selepas Itu saya merancang untuk membawa kedua-dua belah pihak keluarga menunaikan umrah,” kata Hanif. (rtky/h)