fbpx

Anzalna Nasir Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000 Untuk Ibu

Pelakon Anzalna Nasir berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan seutas rantai berlian mewah berharga RM120,000.00 buat ibu tercinta.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Anzalna bersama keluarganya pergi ke sebuah kedai emas terkemuka dan berhasrat membelikan seutas rantai buat ibunya.

BACA: Pernah Jumpa, Anzalna Nasir Puji Ibu Mentua Puteri Sarah

@anzalnanasir

@HABIB Jewels #FYP

? Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah

Difahamkan, rantai tersebut mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat.

Dapat dilihat dalam video tersebut, ibu Anzalna tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu rantai tersebut adalah hadiah buat dirinya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta memuji Anzalna dan mendoakan agar pelakon itu dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ibunya.