fbpx

Anzalna Nasir Dah Tahu Jantina Anak Tapi Mahu Rahsiakan Dulu

Usia kandungan sudah mencecah lapan bulan, pelakon Anzalna Nasir berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan mengenai jantina anak keduanya itu.

Menurut Anzalna, dia sengaja mahu merahsiakannya kerana mahu beri kejutan kepada keluarga dan rakan-rakan.

BACA: Hamil 8 Bulan, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Kedua Aidilfitri Nanti

“Alhamdulillah kandungan sudah memasuki lapan bulan. Saya tiada niat nak rahsiakan kandungan kedua ini tapi saya menunggu waktu yang tepat sebelum berkongsi kepada umum.

“Sejujurnya saya sudah tahu jantina anak dalam kandungan tapi saya rahsiakan untuk memberi kejutan kepada keluarga dan teman-teman rapat,” katanya.

Anzalna berkata anak sulungnya, Eidress sudah faham dia bakal mendapat adik. Dalam pada itu, sejak dirinya hamil suaminya, Hanif Zaki tidak benarkan dia bekerja.

“Eidrees sudah faham yang dia bakal mendapat adik. Saya harap Eidrees dapat jadi abang yang baik.

“Suami pula sejak tahu saya hamil dia tak bagi saya bekerja. Kalau boleh nak saya duduk di rumah tetapi saya agak degil. Selepas saya pujuk, dia memberikan kebenaran untuk saya menjayakan beberapa kempen.

“Saya tak sangka selepas bertudung dan hamil anak kedua, banyak rezeki masuk. Tetapi saya memilih mengikut kesesuaian dan menerima tawaran yang benar-benar berbaloi,” katanya.