Bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi dan usia kandungan kini mencecah 7 bulan, Anzalna Nasir mengumumkan bakal melahirkan bayi lelaki. Anzalna memberitahu ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarganya dan bapanya sangat menantikan cucu lelaki.

BACA: Hamil Enam Bulan, Anzalna Suka Pakai Bulu Mata Palsu


“Alhamdulillah sudah diumumkan jantina bakal anak lelaki saya dan suami, Hanif. Sebenarnya sejak tahun 1993, ayah saya tunggu anak lelaki dan cucu lelaki tapi Alhamdulillah akhirnya termakbul jua. Walau apapun, tak kisah jantina apa, asalkan sihat,” katanya di majlis pelancaran produk bayi Ommey daripada NR.

Dia yang ditemani suami, Hanif Zaki beserta keluarga dan rakan memberitahu berasa bersyukur dan teruja menantikan kelahiran bayi sulungnya itu.

“Saya sangat gembira sebenarnya, Hanif nak anak lelaki, sebab sebelah saya dah ramai perempuan. Alhamdulillah rezeki,” katanya yang begitu teruja.



Tambahnya lagi, Anzalna juga sudah mempunyai beberapa nama yang sesuai bagi bakal bayi lelakinya itu.

“Dah ada nama baby, tapi dipilih oleh keluarga dan akan dibincang bersama ahli keluarga yang lain juga,” ujarnya.

Anzalna dijangka bersalin pada awal bulan Jun di Hospital Glenagles, Ampang. Untuk rekod, Anzalna dan Hanif telah berkahwin pada 21 Februari 2016. (rtky/h)