fbpx

Anwar Ibrahim Kini Bergelar Penyanyi, Sumbang Suara Untuk Kebajikan

Ini pasti bukan kisah yang anda mahu dengar pagi pagi Selasa ini.

Namun, dek kerana status ahli politik yang di’pegang oleh Anwar Ibrahim, ini jadi kisah peduli.

Anwar Ibrahim bukanlah menukar bidang kerjaya walaupun di’laporkan sering kecewa dengan politik Malaysia.

Penasihat Parti Keadilan (PKR) ini sudi untuk menyumbangkan suara ke jalan kebajikan dengan menyertai projek amal Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan kumpulannya, d*Crew.

Suara Anwar Ibrahim di’rakamkan secara rasmi untuk sebuah lagu bertajuk Teratak yang di’muatkan dalam sebuah album yang tidak akan di’jual.

Album yang turut mengandungi beberapa lagu lain ini boleh di’dapati selepas anda menyumbang minimum RM25 kepada dana kebajikan anjuran pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Laporan asal oleh mStar Online & kredit gambar kepada Uni Tee. Psst. Kalau sesiapa ada salinan MP3 lagu Anwar Ibrahim, upload ke Mediafire.