fbpx

Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Menangi 10 Keping Tiket Khas Untuk Anda

Mari lakukan pemberian tiket ke Anugerah Juara Lagu ke 17 (AJL 27) ini semudah mungkin kerana kami bukan mereka yang sukakan konplikasi.

Pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 Januari 2013 ini & akan menyaksikan 12 buah lagu berentap membuktikan siapa yang terbaik.

Anda pastinya tidak mahu terlepas menyaksikan persembahan secara langsung daripada Stacy, Yuna, Amir Jahari, Hafiz Suip, Adira, Hazama, Amy Search, Shila Amzah, Mojo, One Nation Emcee, Jimmy Palikat, Bedroom Sanctuary, Azlan & The Typewriter.

Untuk mendapatkan tiket ke pertandingan lagu paling berprestij ini anda boleh pergi ke Balai Pengawal Sri Pentas TV3, Bandar Utama sepanjang hari ini atau mencuba nasib dengan menyertai peraduan mudah kami.

Hanya anda perlu tinggalkan komen berbunyi ‘Hey Rotikaya, saya mahu tiket ke Anugerah Juara Lagu ke 27 hujung minggu ini!‘ di ruangan komen bawah ini & 5 orang peserta rawak akan di’pilih untuk memenangi sepasang tiket ke AJL 27. Mudah bukan? Go!

http://www.youtube.com/watch?v=etXcpxeKVY0