fbpx

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Haji, tahniah diucapkan buat pelakon Datin Anne Ngasri yang menerima pingat Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita gembira itu dikongsikan oleh abang kepada pelakon itu iaitu Bell Ngasri menerusi satu entri di Instagram mengucapkan tahniah buat adiknya itu.

BACA: Ibu Menangis Bell Ngasri Tercalon Artis Komedi Popular

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Menerusi perkongsian itu, Bell turut berseloroh mengatakan adiknya seperti kanak-kanak apabila mendapat anugerah ini serta meluahkan rasa syukur Anne menerima pingat tersebut.

“Apa-apa pun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan, hanya bersyukur ke hadrat Ilahi & tahniah buat adik saya Anne kerana dapat pingat cukup-cukup istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong. 

“Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia yang merepek je kerjanya tak tentu hala…” tulisnya.

Perkongsian Bell itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aktor itu serta mengatakan adik itu hebat kerana mempunyai abang yang hebat.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Bell akan dapat anugerah di ABPBH malam ini dan bagi mereka Bell sememangnya bagus meskipun tidak menerima mana-mana anugerah.