Ada khabar angin yang mengatakan Anne Hathaway yang popular sebagai puteri ini akan memegang watak ganas & exotic dalam Spider-Man 4.

Bukan calang-calang watak yang di’berikan, si seksi & licik Black Cat. Black Cat merupakan bekas teman wanita kepada Spider-Man yang tidak pernah di’sebut dalam mana-mana filem Spider-Man sebelum ini.

Sumber agak rapat dengan Marvel Entertainment mengesahkan yang penerbit ada menghubungi Anne Hathaway untuk berlakon dalam Spider-Man 4.

Entah kenapa, Black Cat mengingatkan kami kepada Halle Berry si Catwoman. Kita tengok nanti siapa lebih hot apabila bertukar menjadi kucing jadian.