Anna Jobling Simpati Meerqeen Dikecam Netizen
Semalam, hangat diperkatakan apabila pelakon Meerqeen dikecam oleh netizen apabila tular videonya mencium dahi seorang pelawak Indonesia.
Bukan saja dicium oleh Meerqeen, malah pelawak terbabit turut membalas ciuman tersebut dengan mencium pipi pelakon lelaki berkenaan.
BACA: Meerqeen Dikecam Cium Dahi Pelawak Indonesia
Memetik Harian Metro, aktres Anna Jobling simpati dengan Meerqeen yang dikecam teruk oleh netizen. Menurut Anna, ketika kejadian dia berada di lokasi tersbeut namun tidak perasan bila insiden itu berlaku.
“Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang mereka lakukan sebab keadaan di sana terlalu ramai.
“Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.
“Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya.
Dalam pada itu, Anna berkata dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati terutama dalam pergaulan meskipun sukar untuk mengawal keadaan apatah lagi dikerumuni peminat.
“Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.
“Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar kawalan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.
“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan ini sebab tidak mahu menerima kecaman teruk. Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat adalah dalam kalangan wanita,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Nak jd popular belajar dgn Fatah Aming puas kena maki bergaduh satu Msia psl dia sampai semua pelakon lama baru pertikai pelakon kayu jd hero, jual kisah cinta laa tp dia rilek je jual baju, jual apa yg patut jual masa tngh popular. Dah kaya raya jd jutawan x kecuh2 pun satu dunia dia rilek2 jek. Skang bole amik setahun satu dua job jek melayan anak dan teman bini promote produk! Itu baru kelass!!!
cakap je lah .. ko terpaksa rela. lagi mau cover. jangan bf siap main pegang2 pun ko kesian, ko mmg hebat la. bakal dpt payung emas ko nanti …
Benda haram tetap haram berdosa kalau kita cuba menghalalkan benda yg jelas haram. Jangan biasakan dengan “bukan dia berniat tidak baik”. Jelas perbuatan itu haram.