fbpx

Anita Baharom Selamat Bernikah, Pilih Duda Anak 8 Sebagai Pasangan

Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang sah bergelar isteri kepada pasangan pilihan, Engku Isyamuddin Tuan Losin dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Dewan Bizmilla Hall, Subang Jaya kira-kira 11.40 pagi tadi.

Memetik Astro Gempak, pasangan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapa.

BACA: “Saya Anggap Kehadiran Jodoh Baru Ini Rezeki Daripada Allah” – Anita Baharom

Pada majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahiwn sebanyak tiga dinar emas namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Difahamkan, suami Anita berstatus duda dan ini merupakan perkahwinan kali kelima buat Engku Isyamuddin. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Kedua-dua mereka sudah saling mengenali sejak 2017 ketika acara Sukan Sea di Kuala Lumpur. Hubungan pasangan ini mula rapat selepas Anita habis edah selepas kematian suaminya.

Suami Anita, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu. Hasil perkahwinan Anita bersama Allahyarham Mohd Ismadi, mereka dikurniakan tiga anak, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.