fbpx

Angsa Ganas Kukuh Penguasaan, Sathiya Tersingkir Dari Persaingan

Episod Super Spontan minggu ini bermula dengan penyingkiran Sathiya dari kumpulan Beruang Comel hasil dari undian minggu lepas & juga hasil kekalahan kumpulan itu.

Tetapi lebih menarik dengan pengumuman tergempar iaitu Rahim (R2) dari kumpulan Angsa Ganas telah “berpindah” ke kumpulan Beruang Comel secara paksa & rela.

Kejutan yang diumumkan oleh pengacara,  Adibah Nor iaitu ahli kumpulan yang memiliki peserta kurang dari 4 orang akan dimasukkan seorang peserta dari kumpulan pihak lawan untuk memenuhi bilangan kumpulan peserta yang tersingkir.

Peserta kumpulan yang memiliki lebih ahli harus mengundi bagi menentukan siapa yang bakal “dihantar” ke kumpulan lawan.

Ternyata kejutan ini berjaya menarik perhatian para penonton Super Spontan yang semakin meningkat ini. Rahim (R2) dari kumpulan Angsa Ganas telah menjadi “mangsa” untuk dihantar ke kumpulan Beruang Ganas.

Walaupun dari kumpulan “Ganas” ke “Comel” , Rahim langsung tidak tergugat dari segi persembahan komedinya malah Rahim dilihat semakin hebat dan kelakar di samping kumpulan barunya.

Kehadiran Rahim ke kumpulan Beruang Comel dilihat semakin manjadikan persaingan semakin sengit diantara kedua kumpulan. Ada seketika undian sms Beruang Comel berjaya mengatasi Angsa Ganas.

Idea komedi yang semakin bertambah dari kedua-dua kumpulan merancakkan lagi persaingan dan undian. para penonton di studio dilihat tidak “putus” ketawa melihat telatah setiap peserta.

Di akhir rancangan setelah di umum undian ditutup, ternyata undian masih berpihak kepada kumpulan Angsa Ganas. maka sekali lagi kumpulan Beruang Comel terpaksa membuat undian menyingkirkan salah seorang peserta yang akan diketahui minggu depan.

Tahniah dari RotiKaya HQ kepada Super Spontan kerana berjaya membuat penonton termasuk kami sendiri yang tidak kering gusi menonton dan menjadikan rancangan ini rancangan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap penonton Malaysia. Syabas!