fbpx

Anggap Kehadiran Aiman Hakim Hadiah Terbaik

Baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 24, Zahirah Macwilson menganggap kehadiran Aiman Hakim merupakan hadiah terbaik buat dirinya. Ramai bersemut melihat kemesraan mereka meluangkan masa bersama di Loas

BACA: Aiman Hakim Dapat Restu Ayah Zahirah?

Menerusi Instagram, pasangan itu sama-sama berkongsi beberapa gambar ketika menikmati percutian menaiki belon panas di Laos. Di ruangan kepsyen, Zahirah mengungkapkan kata romantis itu buat Aiman.

Rata-rata peminat sangat teruja melihat kemesraan mereka yang serasi serta mendoakan agar pasangan itu cepat mendirikan rumah tangga. Khabarnya juga pasangan ini merupakan pasangan kegemaran ramai ketika ini.

Terdahulu Zahirah memberi bayangan bahawa bapanya, Zainol Macwilson sudah merestui hubungan mereka berdua. Dan seterusnya merancang untuk bertemu ibunya pula di Perth, Australia untuk memohon restu.

Selamat hari jadi buat Zahirah dan semoga pasangan ini dipanjangkan jodoh dan mana tahu ditakdirkan berumah tangga. Pasti ramai yang teruja ingin melihat pasangan sama padan ini naik pelamin kan?. (rtky/w)