Pelakon Angeline Tan berkata dia berhijab atas kerelaannya sendiri dan suaminya, Sabri Yunus tidak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Menerusi temu bual bersama TV Alhijrah, Angeline berkata dia memilih untuk memakai hijab kerana merasa tanggungjawab untuk menutup aurat sebagai seorang Muslim.
BACA: Angeline Tan Nafi Hamil, Sabri Kata Fitnah Paling Kelakar
@tvalhijrah Tak habis bersemut lagi ke bang @sabriiyunus & kak @angeline_tan1 ? Hampir satu Malaysia dah nak pindah planet lain ni :D Nantikan program ANGELINE TANYA ABANG JAWAB akan menemui penonton bulan September ini di TV AlHijrah. sabriyunus angelinetan angelinetanyaabangjawab ATAJ tvalhijrah114 satukanummahdenganilmu jomtontontvalhijrah MalaysiaMadani PelanAlFalah alhijrahplus fyp foryoupage fyp??viral
“Abang (Sabri) tak pernah suruh pun dan abang tak pernah minta tapi Angeline rasa sebagai seorang Islam, ini (tudung) lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang muslimah.
“Abang kata bab-bab tudung ni dia tak pandai. Dia kata belilah apa yang rasa cantik,” katanya.
Sementara itu, Sabri sempat mencelah mengatakan dia tidak kisah dengan tudung apa yang dipakai oleh isterinya kerana Angeline tetap nampak cantik.
“Sebab pada saya, apa dia pakai, apa pilihan dia tak pernah tak cantik,” katanya.
Terdahulu, Sabri Yunus dan Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.