fbpx

Kalau anda rasa anda sudah puas dengan teknologi telefon pintar yang sedia ada, anda pelu bersedia dengan apa yang akan ditawarkan oleh peranti terbaru dari OPPO menerusi siri Reno yang baru sahaja diperkenalkan.

OPPO Reno merupakan telefon pintar terbaru yang menarik perhatian banyak mata sejak akhir akhir ini kerana teknologi yang ditawarkan memang sesuatu yang baru pada harga yang sangat kompetitif — baca sehingga akhir artikel.


Bagaimanapun, buat masa ini hanya model versi asas sahaja dilancarkan tetapi itu sudah cukup untuk buat kami teruja dengan spesifikasi terbaru yang dibawakan oleh OPPO kali ini.

1. 48MP dual kamera belakang, 16MP kamera hadapan

OPPO Reno hadir dengan kamera berkembar 48MP yang telah diperbaharui untuk menerima cahaya yang mampu menghasilkan gambar yang lebih jelas. Ia juga hadir dengan Dazzle mode yang memberikan warna pada gambar yang lebih terang tetapi tetap semulajadi.

Kamera canggih OPPO Reno ini juga mempu meberikan kesan artistik jika anda mengambil gambar portrait termasuk kesan cahaya yang menarik dan kualiti yang setaraf keluaran majalah fesyen antarabangsa.

Jangan dilupa juga kamera hadapan 16MP yang hadir dengan AI beauty terbina dalam untuk selfie anda yang cantik, tampak semulajadi dan cerah walaupun di kawasan yang kurang cahaya — selfie di mana mana sahaja!

2. Ultra Night Mode 2.0 serba baharu

Keupayaan mengambil gambar pada low light pada OPPO Reno tidak perlu disangkal lagi dengan fungsi Ultra Night Mode 2.0 yang menggunakan AI, HDR dan multi frame nopise reduction yang memberikan butiran jelas dan cerah setiap masa. Look at that! Pasu bunga atas tangga pun boleh nampak.

3. Kamera hadapan pop-naik & skrin panorama 6.4inci


Ini kali pertama kamera hadapan dipersembahkan dengan gaya sebegini kepada pengguna. Kamera hadapan 16MP disembunyikan pada ruangan pop-naik yang agak unik dan membolehkan OPPO Reno memiliki hampir semua skrin pada permukaan hadapan.

Ia bukan sahaja menyembunyikan kamera hadapan tetapi juga speaker dan flashlight untuk kegunaan kamera belakang. What? Semuanya boleh dimuatkan dalam satu ruangan kecil dan boleh disorok kalau tidak diperlukan? Yes, please!

Kamera hadapan ini akan naik dalam masa 0.08s sahaja jika anda perlukan untuk mengambil selfie. Jika telefon pintar ini terjatuh ketika anda selfie, jangan risau kerana kameranya ini akan masuk secara automotik sebelum mencecah lantai. Canggih bukan teknologi dalam OPPO Reno?

4. Hadir dalam dua rona warna baru

OPPO Reno versi standard ini akan hadir dengan dua rona warna menarik iaitu Ocean Green dan Jet Black. Oh warna Jet Black memang menjadi idaman kami.

5. Reka Bentuk Yang Lebih Elegen

Tak lengkap dengan itu, reka bentuk OPPO Reno kini tampil dengan lebih bergaya dan elegen. Sangat sesuai untuk anda yang ingin kelihatan bergaya.

Warna Ocean Green menampilkan permukaan sedikit licin, dan dilengkapi dengan cahaya yang unik melalui garisan halus. Tekstur licin dan matte.

Manakala Jet Black menampilkan permukaan berkilat dan menggunakan lapisan tekstur, dengan 3 tekstur yang berbeza dan bertindih antara satu sama lain yang membantu warna kecerunan 3D yang lebih menonjol.

6. VOOC 3.0

Tidak perlu diperkenalkan dan kini VOOC 3.0 hadir serba baru untuk memberikan kuasa mengecas yang pantas. OPPO Reno juga hadir dengan bateri berkapasiti lebih besar untuk penggunaan lebih lama.

7. Harga yang kompetitif


OPPO Reno versi standard akan dijual dengan harga RM1,999 bermula hari ini. Anda yang berminat boleh lakukan pra-tempahan melalui laman rasmi OPPO atau di sini bermula 17 Mei 2019 dan sebagai ganjaran, OPPO akan memberikan sebuah charging case eksklusif bernilai RM119 dan waranti telefon selama satu tahu (RM199) untuk setiap pra tempahan yang diterima.