fbpx

Anda Rasa Dah Cukup Selamat Ke Keselamatan Dalam Talian Bagi Anak-anak?

Mak ayah mana yang tidak bimbang tentang keselamatan dalam talian anak-anak kan? Mana taknya kadang-kadang kesibukan kerja membuatkan amak ayah terleka untuk ‘menjengah’ sekejap apa yang anak-anak buka dan tengok dalam smartphone, tablet atau komputer riba tu.

Dengan teknologi dan internet yang semakin menjadi ‘makanan’ anak-anak sekarang ini, mak ayah patut ada perasaan risau akan keselamatan dalam talian anak-anak. Zaman sekarang ini lain dr lain, budak-budak banyak exposed dan kadang-kadang dorang ni terlalu advanced. Jadi jangan ambil mudah ye.

Anda tengoklah sendiri perkongsian salah seorang guru, Nana Dayana di akaun TikToknya berkenaan anak muridnya ini.

@nanadayana.11

Nightmare! ?

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Risau kan? Hmm…Apa yang mak ayah perlu buat? Pada pendapat kami, mak ayah patut kerap untuk membuat pemantauan anak-anak. Nak sekarang ni pula, belajar pun melalui dalam talian tau. Entah betul ke tidak dorang buka benda yang betul tu. Haih, risau kadang-kadang!

Anda mungkin menganggap guru-guru yang perlu mendidik anak-anak, akan tetapi tanggungjawab ini mak ayah yang perlu ambil berat. Perbualan dengan anak-anak yang perlu dilakukan mak ayah sebabnya anak-anak lebih lama ‘terdedah’ di rumah berbanding sekolah. Setuju tak?

Kesedaran Tentang Keselamatan Dalam Talian (OnlineSafety) Kepada Anak-Anak

Anda jangan risau, anak-anak anda boleh ikut beberapa Petua Keselamatan CyberSAFE dari CyberSecurity Malaysia ini bagi membantu dorang dalam talian.

Mak ayah ‘wajib’ terangkan tentang petua ini dengan anak-anak di rumah ye. Sambil minum petang pun boleh gais.

1. Ikut Peraturan Am

a. Anak-anak sentiasa perlu patuhi peraturan keluarga anda untuk Internet – mak ayah ada untuk memastikan anda berseronok dan kekal selamat dalam talian.

b. Anak-anak jangan sesekali melakukan apa-apa yang boleh merugikan wang keluarga melainkan mak ayah anda ada untuk membantu anda melakukannya.

c. Mak ayah perlu diberitahu dengan segera jika anak-anak ada membaca apa-apa di Internet yang membuat tidak selesa.

Anda perlu ingat, internet ialah komuniti sebenar orang yang disambungkan ke komputer, jadi anak-anak perlu anggap orang yang tidak dikenali di Internet ini sebagai orang asing yang dorang jumpa di jalan.

2. Ikuti Langkah-langkah Ini

Sebelum anak-anak melayari Web, dorang harus mengikuti langkah-langkah ini untuk membantu meningkatkan keselamatan komputer.

a. Pastikan anda menghidupkan Internet firewall.

b. Kemas kini patch komputer anda.

c. Gunakan perisian antivirus yang terkini.

d. Gunakan perisian antispyware yang terkini.

3. Lindungi Maklumat Peribadi Anda

Anak-anak juga harus ingat kesemua perkara ini.

a. Jangan berikan maklumat tentang diri anda seperti nama keluarga, nombor telefon, tempat tinggal anda atau tempat anda bersekolah – tanpa bertanya kepada ibu bapa anda terlebih dahulu.

b. Jangan sekali-kali menghantar e-mel gambar diri anda kepada orang yang tidak dikenali.

c. Jangan sekali-kali memberikan kata laluan anda, kecuali kepada orang dewasa yang bertanggungjawab dalam keluarga anda.

d. Jangan isi borang dalam talian tanpa berunding dengan ibu bapa anda. Terdapat laman web yang mencari maklumat peribadi dan menggunakan maklumat ini untuk tujuan komersial/berniat jahat.

4. Dapatkan Bantuan daripada Ibu Bapa Anda, Jangan Simpan Sendiri

Jika seseorang mengatakan sesuatu kepada anda, menghantar sesuatu kepada anda atau anda melihat sesuatu yang membuat anda tidak selesa, jangan melihat sekeliling atau meneroka; dapatkan ibu bapa anda – mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

Tidak semua yang anda baca atau lihat dalam talian adalah benar. Anda digalakkan untuk memaklumkan ibu bapa anda jika anda tidak pasti.

5. Mengurus Rakan Siber

Membuat rancangan untuk bertemu rakan Internet anda dalam kehidupan sebenar biasanya merupakan idea yang tidak baik – keadaan orang dalam kehidupan sebenar mungkin berbeza daripada cara mereka berada dalam talian. Jika anda memutuskan untuk melakukannya, minta Ibu atau Ayah anda membantu membuat rancangan dan pergi bersama anda.

Jangan aturkan pertemuan secara bersemuka dengan seseorang yang anda temui di Internet tanpa kebenaran ibu bapa.

6. Keselamatan Internet dan E-mel

Jangan buka e-mel, fail atau halaman Web yang anda dapat daripada orang yang anda tidak kenali atau percayai.

Jangan sekali-kali membalas mesej daripada syarikat yang meminta maklumat keselamatan termasuk kata laluan, log masuk akaun.

Jangan buka e-mel daripada orang yang anda tidak kenali. Anda juga harus diberitahu untuk tidak membuka lampiran dalam e-mel, walaupun daripada seseorang yang mereka kenali, melainkan anda telah memintanya secara khusus.

Lakukan Tindakan Segera

Anda perlu ingatkan anak anda bahawa apabila gambar mereka dipostkan ke dalam media sosial atau teks, email yang dihantar, maklumat tersebut tinggal dalam talian selama-lamanya.

Walaupun dorang mungkin sudah memadamkan maklumat tersebut dari akaun mereka, rakan, kawan kawan dan rakan rakan-rakan dorang yang lain mungkin masih mempunyai gambar atau e-mel dalam peti masuk mereka atau pada akaun media sosial mereka. Bahaya tu.

Jadi jangan terlambat. Kongsikan petua yang kami berikan di atas tadi untuk anak-anak hari ini. Jangan tunggu!

Untuk tahu dengan lebih sumber mengenai keselamatan siber yang dapat membantu anda serta ahli keluarga, sila layari laman web CyberSecurity Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.