fbpx

Wah! Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tentang kemudahan i-Sinar yang dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 umpama memberi nafas baru kepada anda yang terjejas. Betul tak?

Yang dah lama tak mencarum 10 tahun, 15 tahun tapi masih ada akaun pun boleh keluarkan. Secara automatik pulak tu! Bagus ni…

Permohonan yang bermula pada 21 Disember ini secara dalam talian tau. Yang mana hilang kerja tu, cuma apply online, tak payah bagi dokumen…lulus terus!

Alhamdulillah…dapat juga bantu yang betul-betul terkesan dengan pandemik COVID-19 ni. Kemudahan i-Sinar juga dibuka kepada 8 juta ahli yang layak tau. Ramai tu!

Apa-apa pun sebelum anda lakukan apa-apa tindakan, baca dan fahamkan dulu kriteria kelayakan yang diberi KWSP untuk skim i-Sinar ni yer. Ia melibatkan 2 kategori.

Anda boleh check out kat bawah ni.

Kategori 1

Melibatkan anda yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Inilah yang kami cakap tu, yang dah lama tak mencarum, even 20 tahun pun boleh keluarkan tau. Amacam?

Kriteria bagi Kategori 1 ini juga untuk anda yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan.

Ataupun anda yang masih bekerja tetapi gaji pokok mengalami pengurangan sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Untuk kategori ini:
1. Tak perlu ada dokumen sokongan;
2. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
3. Anda hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember ini.

Pembayaran untuk anda yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Untuk Kategori 2 pula, ia adalah untuk anda yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Ini termasuklah pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Pengurangan ini hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan sahaja.

Untuk pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada anda iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Kalau lah semua dokumen ini tak boleh diberi, apa-apa dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan. Jadi jangan risau okay.

Anda boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Dan paling penting, untuk memastikan permohonan anda dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan anda akan dimaklumkan kepada anda dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Berapa Jumlah Kelayakan Yang Layak Tu?

Okay tentang jumlah kelayakan i-Sinar, ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 anda berdasarkan butiran terkini.

Contohnya kalau anda mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, anda boleh boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran pula akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi anda yang mempunyai baki lebih RM100,000 dalam Akaun 1, pengurus dana persaraan berkata, anda boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Boleh tengok contoh di bawah yer…

Bagi memastikan proses permohonan anda lancar, anda digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) di kios atau kaunter KWSP. Tapi pastikan nombor akaun bank anda aktif!