fbpx

Anas Ashraf Nama Anak Pertama Ashraf Muslim Bersama Dayana

Selamat menyambut kelahiran anak pertama bersama isteri pertamanya, Noor Dayana, Ashraf Muslim berkongsi nama cahaya matanya itu iaitu Anas Ashraf bersama pemiant melalui Instagram.

BACA: Noor Dayana Selamat Lahir Anak Pertama

Screen Shot 2015-12-22 at 7.16.43 PM

“Assalamualaikum semua! Hari ni genap 7 hari saya melihat dunia sebenar. Saya memperkenalkan diri saya, Anas Ashraf bin Mohd Ashraf. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan mempunyai keluarga yang bahagia,” jelas pelakon itu mewakili anaknya.

Perkara tersebut turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat selain ada juga yang mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut. Apa pun, semoga apa yang perancangan keluarga ini akan dipermudahkan. Kami kongsikan beberapa lagi keping gambar anak Ashraf Muslim yang turut dikongsikan bapa mertuanya di Facebook. (rtky/s)