Anak Teruja Dapat Duit Raya RM1, Netizen Puji Cara Didikan Hairul & Hanis Zalikha
Baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang bapa yang kecewa serta tidak berpuas hati apabila anaknya menerima duit raya sebanyak RM3.
Malah, bapa tersebut tidak dapat menerima jumlah tersebut masih diberikan pada zaman kini. Susulan luahan itu, bapa tersebut dilabel tidak bersyukur.
BACA: Ramai Teruja Hanis Zalikha Kongsi Tips Cara Potong Buah Mangga Guna Gelas
Namun, lain pula dengan anak pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang boleh dijadikan contoh untuk sentiasa bersyukur.
@haniszalikha Money! Mr.Krab money!
? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Baru-baru ini, Hanis ada emuat naik video gelagat anak-anaknya membuka koleksi sampul raya selepas seminggu menyambut Hari Raya.
Apa yang menjadi perhatian, anak kedua pasangan itu iaitu Alisa Aisyah yang dilihat teruja melihat duit dalam sampul meskipun hanya mengandungi sekeping duit RM1.
Diakhir video itu, Hanis turut mengajar anaknya, Yusuf Iskandar mengucapkan syukur serta mendoakan kepada pemberi agar dimurahkan rezeki.
Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi daripada entizen yang memuji cara pasangan itu dalam mendidik anak mereka.
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya itu Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah kini berusia 3 tahun.
rumah sedera belah ayah le yer yg bagi rm1.00 tu…ke atau sengaje taruh ..maaf ye berprasangka mcm tu..huhuuhunu, selamat hari raya.
alah komen kt atas..
dengki bebenor…
laki aku bagi duit raya kat anak besfren dia sorang 50 henggit, sekali besfren dia bagi duit raya kat anak aku sorang 20 henggit jer, ko rasa????
hahahahaaha
ye la kau la paling kaya
Tahniah berjaya didik anak dgn nilai yg baik. Perkara baik kita sokong. Yg suka mnghina org punye kmiskinan mcm komen pertama, sila klorox hati. Kita ni bkn selamanya di dunia. Selalu usaha utk baiki keimanan kita yg turun naik.
bagi duit raya bukan untuk mengharapkan balasan. kalau bagi rm50 dekat anak orang lain, tapi makpak budak tu bagi rm10 dekat anak awak, bersyukur lah. itu yang dia mampu, itu rezeki anak awak.
hi, saya dari masa depan.. hanis jangan tambah anak tau.. nanti muka dia tak sama dengan kakak dengan abang dia at all…
Bagus ni.. Ni br lah content.. Ada pengajaran. T I pun nk ajar anak mcm ni.. Doa utk semua org tu Baik. X rugi pun.
La, ap nk dihairankan. Budak umur 3 tahun bukan tau duit tu sikit ke banyak. Hahahah Netizen ni pn kagum sgt ngn psngn ni. Korg ni tak tahu jg anak ke apa?