fbpx

Tidak dinafikan apa sahaja perkongsian pelakon Hanis Zalikha pasti akan menjadi perhatian ramai. Dari segi penjagaan rumah, mendidik anak dan apa sahaja tips akan menjadi ikutan.

Baru-baru ini, Hanis ada berkongsikan video tips dan caranya memotong buah mangga dengan menggunakan gelas minuman.

BACA: Isteri Haqiem Rusli Nak Menangis Dapat Video Call Dengan Hanis Zalikha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Melihatkan video tersebut, sememangnya cara Hanis itu sangat kreatif dan tidak sangka ada cara mudah untuk memotong buah mangga.

Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang langsung tak terfikir untuk memotong buah mangga sedemikian.

Tidak kurang juga, ramai yang teruja untuk mencuba cara tersebut serta berterima kasih dengan perkongsian Hanis itu.

Namun, ada yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan mak-mak akan bising jika melihat mereka memotong mangga pun sampai menggunakan dua pinggan, gelas dan pisau.