fbpx

Anak Sulung Baru 10 Bulan, Tasha Shilla Hamil Anak Kedua

Pelakon Tasha Shila berkongsikan berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah masuk tujuh minggi.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Tasha berkata dia tidak menyangka akan hamil sekali lagi apatah lagi anak sulungnya, Raess Zander baru berusia 10 bulan.

BACA: Tasha Shila Pilih Nama Anak Raees Zander

“Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap ‘hamil juga’. Suami pun pelik kenapa saya cakap ‘juga’? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.

“Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik,” katanya.

Dalam pada itu, Tasha turut berkongsikan anak sulungnya juga dilihat sering menghisap ibu jari kakinya sejak kebelakangan ini.

“Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki. Kata orang itu petanda nak dapat adik,” katanya.

Sebelum ini berhasrat untuk kembali berlakon apabila anak pertamanya mencecah usia dua tahun, Tasha bagaimanapun berkata niat itu terpaksa ditangguhkan lagi.

“Keutamaan saya pastinya sekarang ini adalah untuk keluarga. Pernah terfikir untuk kembali berlakon apabila anak pertama mencecah usia dua tahun, tetapi rasanya terpaksa tangguh lagi,” katanya.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander kini berusia 10 bulan.