fbpx

Anak Sharifah Shahirah Tiada Masalah Hidup Di Kampung Lepas Kahwin

Selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu, anak kepada pelakon Sharifah Shahirah yang juga merupakan penyanyi, Tallisya memaklumkan dia akan berpindah ke kampung halaman suaminya, Mohd Zulhisyam di Pulau Tioman, Pahang.

Memetik mStar Online, Tallisya berkata dia tiada masalah untuk menjalani kehiupan di kampung apatah lagi Pulau Tioman adalah destinasi kegemarannya.

BACA: Sharifah Shahirah Syukur Anak Dapat 2A SPM

“Sebagai isteri tempatnya di sisi suami, jadi saya kena ikut suami ke Pulau Tioman. Lagipun buat masa sekarang saya memang tidak bekerja dan boleh menikmati keindahan pantai setiap hari.

“Sebenarnya Pulau Tioman memang lokasi kegemaran saya dan tak sangka pula bertemu jodoh dengan orang sana,” katanya.

Dalam pada itu, Tallisya berkata sekiranya ada tawaran di Kuala Lumpur tiada masalah untuknya berulang alik untuk menaiki kapal terbang.

Ditanya mengenai soal cahaya mata, Tallisya berkata dia dan suami menyerahkan perkara itu pada rezeki dan menerima jika diberi zuriat awal.

“Setakat ini perancangan untuk anak itu belum ada lagi tapi kalau ada rezeki lebih awal kami terima,” katanya.