fbpx

Anak Sambut Halloween, Rita Rudaini Dikecam

Baru saja selesai Halloween baru-baru ini, kini Rita Rudaini turut terkena tempias apabila perkongsian gambar anak-anaknya di Instagram meraikan sambutan itu tidak disenangi segelintir warga laman sosial.

BACA: Rita Rudaini Tak Halang Anak Aktif Bola Sepak

Melalui beberapa komen yang sempat kami baca di Instagram Rita ada yang kelihatan cukup marah selain mempersoalkan mengapa tidak terus diletakkan salib apabila melihatkan gambar sambutan Halloween tersebut.

Menurut penjelasan Rita dalam gambar-gambar yang dimuatnaik, aktiviti tersebut merupakan aktiviti kejiranan kawasan tempat tinggal Rita. Dalam pada itu, ada juga peminat yang mempertahankan tindakan Rita.

Jadi apa pendapat anda tentang segelintir selebriti yang menyambut ketibaan Halloween?