fbpx

Anak Rahmad Mega Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 25 Tahun

Penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Mega meluahkan rasa syukur anak lelakinya, Suhazri Amrin berjaya menggenggam ijazah peringkat sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rahmad berkongsikan kejayaan anaknya berusia 25 tahun itu serta berdoa agar anaknya terus berjaya di masa akan datang.

BACA: Tidak Pernah Merokok — Rahsia Rahmad Mega Masih Cergas Di Atas Pentas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahmad Mega (@rahmadmega)

“Tahniah buat anakanda kerana telah berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya,” tulisnya.

Dalam entri itu, Rahmad turut memuat naik beberapa keping gambar mereka sekeluarga meraikan Suhazri pada majlis konvokesyen yang diadakan pada Ahad lalu.

Perkongsian Rahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan anak kepada penyanyi itu terus berjaya.

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Rahmad dan anak lelakinya dilihat seperti abang dan adik apatah lagi penyanyi itu awet muda meskipun sudah berusia 53 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UMP Malaysia (@umpmalaysia)

Lebih manis, difahamkan Rahmad turut membuat kejutan kepada graduan di majlis konvokesyen apabila tampil membuat persembahan.

Ketika menyanyikan lagu Takdir dan Waktu, anak kepada penyanyi itu dilihat naik ke pentas dan mencium tangan bapanya.