fbpx

Tidak Pernah Merokok — Rahsia Rahmad Mega Masih Cergas Di Atas Pentas

Penyanyi yang popular di sekitar tahun 90-an, Rahmad Mega sebenarnya tidak pernah merokok sepanjang bergelar penyanyi rock lebih kurang 25 tahun yang lalu.

Terkejut kami tatkala dia memberitahu perkara tersebut kerana dengan imejnya suatu ketika dahulu seperti tidak kena.

Melihat dia beraksi di persembahan penutup di AJL 27 baru-baru ini pasti tidak menyangka dengan impak yang diterima dari peminat dan juga dari kalangan artis yang turut berdiri dan turut sama menyanyikan lagu yang boleh dikira berhantu hingga kini.

“Saya dapat rasakan lagu-lagu seperti yang pernah kami bawakan suatu ketika dahulu bakal berulang kembali. Saya sendiri terkejut melihat persembahan kami pada malam itu menerima tepukan paling gemuruh dari penonton”

Melihat keletah Rahmad, pasti tidak menyangka bahawa dia kini sudahpun menjangkau ke usia 44 tahun.

Tatkala ditanya apa rahsia kekal sebegitu, Rahmad terus memberitahu bahawa disebabkan dia tidak penah merokok mungkin antara salah satu faktor dia kekal cergas hingga kini dan banyakkan melakukan senaman.

Jika anda peminat setia kumpulan Mega ini, nantikan kemunculan album baru mereka yang masih mengekalkan rentak melankolik dan susunan muzik yang hampir sama cuma diberi nafas segar tidak lama lagi.

Mungkin akan ada kembali fenomena lagu Bayangan Gurauan selepas ini? Sama-sama kita nantikan!