fbpx

Anak Putus Cinta, Bapa Zahirah MacWilson Bersyukur

Bapa mana yang tidak sayangkan anaknya dan bagi Zainol MacWilson, berakhirnya kisah percintaan anaknya, Zahirah MacWilson bersama Zul Ariffin merupakan salah satu perkara yang sangat melegakan. Bagi Zainol, dia sejak dari awal tidak merestui hubungan di antara pasangan tersebut.

BACA: “Tanya Bapa Zahirah Jika Bab Nikah”

“Alhamdulillah, saya rasa lega sekarang mereka sudah benar-benar putus. Dari pertemuan pertama lagi saya sudah dapat rasakan dia bukan seorang yang layak untuk Zahirah. Saya tidak restu hubungan mereka dan jangan sebut pasal kahwin pun, minta dijauhkan,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, melalui portal berita itu juga Zainol turut mendedahkan sikap sebenar Zul Ariffin yang disifatkan cukup kurang ajar.

“Kali pertama Zahirah bawa saya bertemu Zul pada tahun 2015 dan ketika itu saya tidak bersalam dengannya kerana saya dapat tahu dia bersikap kurang ajar dengan ibu Zahirah. Jadi sepatutnya dari situ dia tahu dan tidak meneruskan hubungan”

“Dia tahu saya tidak suka dan dalam tempoh itu juga dia tidak berusaha pun untuk berbaik atau menunjukkan usaha perbaiki hubungan,” ujarnya. Nampaknya bapa bekas kekasih dah bersuara, harapnya kisah ini tidaklah berpanjangan dan dapatlah bertemu jalan perdamaian. (rtky/s)