Sedang menikmati pengalaman mengandung buat kali pertama, Elfira Loy memberitahu dirinya sebenarnya lebih gemar akan bayi perempuan tetapi beliau berharap anak sulungnya itu nanti biarlah bayi lelaki.
BACA: Elfira Loy Sahkan Hamil Anak Pertama
Menerusi Instagram, peminat bertanyakan jantina bayi pilihan wanita itu. Menurut Elfira, anak sulung lelaki menjadi pilihannya kerana apabila besar nanti dapat menjaganya dan suami di hari tua.
“Of course la suka girl sebab banyak barang boleh shopping. Tapi as first child lebih baik lelaki sebab boleh jaga kita. Perempuan (anak) esok dah besar lepas kahwin kena ikut laki dia, kalau lelaki jaga mama dia,” tulisnya di Instagram.
Terdahulu Elfira yang baru mendirikan rumah tangga empat bulan lalu, mengumumkan berita kehamilan anak pertamanya kepada umum. Selain itu Elfira juga turut bersyukur diatas doa peminat selama ini. (rtky/w)